HAUL | Makeup Organizer - Raizah Halisah

Thursday, 29 June 2017

HAUL | Makeup Organizer

Assalamualaikum. Selamat Hari Raya semua. Maaf Zahir dan Batin. sorry sebab baru sempat nak wish raya pada 5 syawal ni. entry kalini aku nak update pasal barang yang aku beli selasa lepas. maklumlah baru lepas dapat duit raya. sebenarnya, aku plan nak pergi guardian sebab guardian ada buat sale sampai harini tapi bila dah sampai mall tu semua tempat aku nak masuk sampai bende yang aku tak rancang pun aku beli 😀

Daiso Organizer Container (3x5.90myr)
Aku memang dah rancang nak beli container kat daiso. tapi tak rancang nak beli bape kotak. daiso ni seingat aku dulu harga rm5 je tapi sekarang macam tak berbaloi rm5.90 untuk satu barang. so, aku beli 3 sebab taknak duit habis. kotak ni aku letak pensil makeup aku, brush makeup, sponge makeup. so tak rugilah beli bende ni sebab dia ada compartment yang boleh adjust sendiri.







Yubiso Makeup Drawer (20myr)
Drawer ni memang aku cari daripada dulu kat Yubiso sebab selalu je habis. tak rancang nak singgah Yubiso sebab dalam otak aku kata nak cari makeup je. drawer ni kalau ada jual online ke memang mahal sebab aku dah survey. alhamdulillah Yubiso Mahkota Parade dah restock balik!! harga pun berpatutan 😁 thankyou Yubiso 👍


Essence BlushPlay Blush Palette (21.90myr)
Blusher ni punya packaging cantik gila. memang attracted lah. patutlah kejap je dah sold out. guardian semua dah habis natang ni. outlet guardian ketiga baru aku jumpa tupun satu je tinggal. nasib baik sempat. essence punya barang makeup semua best. memang recommend lah drugstore product. harga pun berpatutan untuk 3 shade dalam satu palette. color dia pun nice 👌


swatches w/o lighting
swatches with lighting
Essence Crazy Volume Mascara (15.90myr)
natang ni aku dah rancang nak beli sebelum pergi mall lagi. memang aku dah try time bulan pose lagi. mula-mula memang ramai recommend mascara ni tapi aku still cakap mascara maybelline aku elok lagi so tak perlu beli mascara lain. mascara ni best sebab dia creamy. lagi satu berus dia tak berselirat. kemas je. harga pun baru berbelas. quality setanding maybelline yang harga 3o ke atas. nice essence. awak dah pikat hati saya 👉👈



lepas dah beli barang semua kat atas ni, baru aku perasan aku tak beli satu apapun kat guardian haha. bukan apa. barang catrice yang aku nak semua dah sold out. betullah orang kata. kita hanya mampu merancang. Allah yang menentukan. so, aku amik keputusan beli je apa yang menarik perhatian aku haha. actually aku tak tahu nak letak tajuk apa sebab aku takdelah beli banyak barang pun so aku merepek jelah kat tajuk tu hehe

see you next post,
feii2017
bye,

19 comments:

  1. wahhhh, bestnya. dah harga murah. BV pun tengah mencari organiser murah, belum jumpa lagi. :D pasal product essence tu pun best, harga agak murah dari product lain tapi kualiti memang bagus :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. BV cari kat yubiso/miniso/daiso. selalu kedai jepun comel camtu ada jual ><

      Delete
  2. sha tengok makeup organizer kat diy agak mahal haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. yes!! diy tak banyak pilihan pulak tu 😭

      Delete
  3. Essence Mascara is one of my favourites.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeahh even harga murah tapi quality memang tiptop 💫

      Delete
  4. barulah kemas guna makeup organizer kan :)

    www.maisarahsidi.com

    ReplyDelete
  5. Lama tak dtg singgah sini.. Byk dah yg berubah yek.. Termasuk template... Nice.. :)

    ReplyDelete
  6. yep memang kemas. kalau tak berterabur je dalam laci hehe

    ReplyDelete
  7. lol sedihnya can't buy things even ada sale. to tell the truth i choose to read this sebab nak tahu cane org haul kan makeup organizer ni.

    jadi rm5.90 sebab gst awakkkk. hahaha.

    // afifahaddnan

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah risau kalau gst naik lagi sampai rm6 lebih

      Delete
  8. lawa! I tak beli makeup organizer, tapi guna bekas2 coklat yg lawa and guna glass jar. I jimat 😂😂😂😂
    and essence pnya brg makeup mmg attractive. color dia lawa2!

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeah selalu i dengar orang buat diy organizer. teringin nak buat jugak nanti :)

      Delete
  9. kt penang ni pun susah nk jumpa essence punya palette tu :3

    ReplyDelete
    Replies
    1. laku keraih kot tu yang susah jumpa >,<

      Delete
  10. akak suka gak mekap2 ni tapi x reti sangat. hihi asal tepek nampak tak buruk and pucat huduh semua dahla ngeh3..

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeah. pakai makeup pun sebab nak muka fresh je kalau tak pucat lesi macam org sakit dah T^T

      Delete
  11. Alamak. Tak perasan pulak kat Yubiso ade jual makeup organizer. Eeee nak try carilah pasni

    ReplyDelete