#MyTravelokaEscapade : South Korea Destinasi Pilihanku !

Assalamualaikum and annyeonghaseyo semua :)


korang suka bercuti tak? bercuti ke luar negara memang impian semua manusia nak nak perempuan macam aku ni. impian aku nak bercuti ke seluruh dunia suatu hari nanti inshaAllah dan seandainya aku diberi peluang oleh  www.traveloka.com.my , aku tidak akan mensia-siakannya kerana traveloka merupakan syarikat yang menyediakan perkhidmatan tempahan tiket kapal terbang dan juga tempahan hotel dengan harga yang murah menerusi online. untuk korang yang sedang berbajet pada musim cuti sekolah ini dan ingin bercuti ke luar negara tidak kira dimana sahaja, korang bolehlah melayari laman web traveloka tersebut :)
#MyTravelokaEscapade


Sekiranya aku diberi peluang untuk memilih satu daripada sepuluh destinasi yang terdapat di atas, aku akan memilih South Korea sebagai destinasi utama pilihanku :) seperti semua orang tahu, South Korea merupakan salah satu negara yang mempunyai jumlah pelancong yang meningkat dari tahun ke tahun. ia mungkin disebabkan oleh pengaruh kpop dan juga pengaruh budaya korea.
jika aku dapat melancong ke South Korea, sudah tentu aku akan pergi ke tempat-tempat yang aku impikan selama ini. nak tahu tempat apa? jom baca selanjutnya :))


1. Nak main ski dekat Vivaldi Park, Hongcheon City, Gangwon, South Korea. 

Vivaldi Park ni terletak di Gangwon, South Korea. Vivaldi Park ni kira taman tema sebab ada taman tema air dekat bahagian Ocean World. Vivaldi Park ni merupakan ski resort yang pertama di South Korea. Aku suka pergi taman tema sebab dapat release tension. selain tu jugak, aku nak main ski dekat sana. korang tengok drama korea The Legend Of The Blue Sea tak? kalau tak silap aku episode 6, dia ada tunjuk tempat penggambaran di Ski World tersebut. part dimana aksi kelakar Shim Chung main ski bersama Heo Joon Jae dekat sana. so, aku nak ke Vivaldi Park ni kalau di beri peluang. InshaAllah.

(permandangan ski world pada waktu malam)
lawa kan?~~~



2. Nak main permainan di Everland Theme Park, Gyeonggi-do, South Korea.


 (pintu masuk everland)


(nak naik roller coaster tu!! someone pls bring me here)

macam sama dekat atas, Everland ni pun theme park sebenarnya cuma everland ni lagi besarlah daripada Vivaldi Park. dekat Everland ni ada macam macam termasuk zoo, theater, magic house, roller coaster dan lain-lain. kalau korang pernah tengok running man ke, drama korea ke mesti pernah tengok theme park ni. sebabtulah aku pun terjebak dengan Everland ni sampai nak main semua permainan kat Everland ni dan yang paling penting, nak main semua rollercoaster yang menyeramkan dekat sana >,<



3. Gyeokbokgung Palace (National Palace Museum of Korea) , Seoul, South Korea.


ini adalah impian aku sejak aku ketagih dengan drama tradisional korea! Gyeongbokgung Palace ni sebenarnya istana pada zaman joseon tapi sekarang dah tukar jadi museum utama yang ada dekat Seoul, South Korea. kenapa aku nak pergi sini? sebab aku nak jugak feeling puteri raja macam kat dalam drama sambil pakai hanbok kahkah pastu nak ambil gambar ala ala puteri raja yang ada hamba dekat belakang lol. ala takde hamba pun takpe! janji dapat pergi sini pakai hanbok hehe :p



4. Nami Island, Chuncheon, South Korea



Nami Island merupakan tempat yang paling aku nak pergi lepas terjebak dengan Autumn In My Heart. aku suka tengok pokok-pokok tinggi tu berubah musim. gambar kat atas musim luruh rasanya malah ada musim bunga dan juga musim salji! rasanya aku paling suka musim luruh sebab kalau angkat gambar konfem cantik gila namati!!



5. SMTOWN Theme park In The City, Gangnam-gu, Seoul, South Korea.




 dan aku jugak nak pergi dekat sini, SMTOWN. selain boleh dapat jumpa oppa, aku nak tengok theatre live kat dalam smtown ni lol. ni memang wishlist daripada dulu sejak aku kenal exo.
nak jelajah satu bangunan smtown ni dan tak nak terlepas satu inci sekalipun :p ofc nak shopping nak bergambar apa semua bila dah masuk dalam ni tau :D

(all photos are not mine bcs i got all of this from mr. google :D )

Thats why aku nak pergi South Korea. Destinasi menarik yang telah lama aku impikan selama bertahun ni. InshaAllah kalau ada rezeki, aku akan pergi ke destinasi impian aku. Terima kasih pihak Traveloka dan #MyTravelokaEscapade :).


anda semua berpeluang untuk terbang bersama Traveloka melalui contest ini. jom join sementara masih ada dan hadiah menarik menanti anda semua. apa tunggu lagi? jomlah join :)



xoxo,
raizahalisah

9 comments:

  1. good luck dear, semoga impian tercapai..

    ReplyDelete
  2. salah satu tempat yang saya nak pergi...btw hope tercapai impian tu nak ke sana

    ReplyDelete
  3. samalah, korea memang tempat pilihan utama untuk melancong.

    ReplyDelete
  4. Korea best!!!! Good luck dear . =)

    ReplyDelete

Instagram