Trend Fesyen Terkini Popular - Raizah Halisah

Friday, 4 November 2016

Trend Fesyen Terkini Popular



Assalamualaikum semua. entry kali ini berkenaan dengan fesyen terkini yang semakin menjadi bualan rakyat malaysia. sudah tentu, kita sebagai seorang perempuan yang suka menjaga penamipilan sangat mengikuti perkembangan fesyen tersebut. tidak hairanlah mengapa kita boleh melihat ramai gadis, wanita serta nenek yang berumur lingkungan 50 keatas juga sangat meminati fesyen. namun, umur bukan lagi penghalang buat mereka kerana fesyen tidak mempunyai istilah 'umur' untuk menggayakannya.

Saban tahun kita akan dapat lihat perubahan trend fesyen terkini dalam pasaran seperti yang dicetuskan di atas pentas-pentas peragaan fesyen antarabangsa dan tempatan. Untuk tahun ini kita boleh lihat banyak gaya fesyen terkini paling hangat ditampilkan dan menjadi pilihan ramai pencinta fesyen di seluruh dunia. Jika anda mahu terus tampil menarik mengikut trend fesyen yang sedang popular seperti yang ditampilkan banyak jenama fesyen besar adalah langkah yang bijak. Jom kita lihat trend fesyen terkini popular yang sedang mendapat tempat dalam kalangan para pencinta fesyen di Malaysia. 



Baju dress dianggap sebagai antara produk fesyen yang paling popular di Malaysia buat masa ini. Baju gaun menjadi pilihan terutamanya dalam kalangan wanita muda dan remaja. Kini terdapat banyak koleksi dress terkini online yang boleh didapati melalui website online shopping Malaysia di internet yang telah menjadikan fenomena trend online shopping di Malaysia. Selain baju dress online, baju dress Muslimah online juga menerima permintaan yang cukup menggalakkan dalam pasaran.



Skirt merupakan antara women bottom online yang terus mengungguli carta dalam pasaran fesyen di Malaysia. Ianya telah dianggap sebagai antara wardrobe essential terutamanya dalam kalangan wanita urban. Skirt kini bukan sahaja boleh dipakai secara kasual mahupun glamor untuk ke majlis-majlis istimewa, kini ia menjadi antara fashion must-have untuk dipakai oleh wanita berkerjaya ke pejabat.



Sejak beberapa tahun kebelakangan ini kita boleh lihat trend fesyen Muslimah terkini semakin meresap dalam industry fesyen Malaysia. Banyak butik pakaian dan butik fesyen Muslimah online yang mula menawarkan rangkaian koleksi pakaian Muslimah online dengan pilihan yang cukup meluas. Antara koleksi pakaian Muslimah terkini online yang menjadi pilihan hijabista adalah seperti baju kurung moden, baju kurung peplum, baju jubah dress dan tudung terkini.

Penggayaan fesyen bukan sahaja untuk ke majlis-majlis penting, malah fesyen juga untuk seseorang yang suka ke mana-mana sahaja. oleh itu, fesyen tidak mempunyai had untuk semua penggayanya.

2 comments:

  1. Pelbagai gaya dah ada sekarang ni.. kengkadang sampai pening nak pilih mane satu.. hehe

    ReplyDelete