November 2016 - Raizah Halisah

Monday, 21 November 2016

Giveaway Kek Lapis Sarawak by Ain Syahirah

November 21, 2016 19
Giveaway Kek Lapis Sarawak by Ain Syahirah
(click banner/gambar untuk join)

Assalamualaikum :)
raizah join ye, semoga ada rezeki ^^

Friday, 11 November 2016

HAUL | ZALORA #1

November 11, 2016 16
HAUL | ZALORA #1




Assalamualaikum semua. my first ever entry about haul! sebenarnya, memang dah lama teringin nak buat haul ni. jealous bila tengok blogger lain buat entry pasal haul sebabtulah hati ni finally dapat jugak buat haul pertama kali dalam hidup. sebenarnya, haul aku ni lebih kepada gift review. minggu lepas, zalora lamar aku buat kali kedua and yes aku terima hiks so dapatlah buat haul sendiri hehe. patutnya ni merupakan haul aku yang kedua sebab sebelum ni zalora memang pernah lamar aku macam aku kata tadi ni merupakan lamaran kedua tapi dulu tak terfikir pun nak buat haul cuma sekarang je aku baru terfikir nak buat. so, lets start :)



Inilah jam kedua yang aku dapat from zalora. kiranya yang ni second collection from something borrowed. jam ni aku pilih sebab aku nak gantikan dengan jam zalora aku yang dulu. lagipun aku memang suka gila semua jam design zalora ni thats why aku ambil yang ni. lagipun design jam ni tengah promosi. harga from 79.90myr to 49.90myr.







ini pulak sandal yang aku pilih. actually, sandal yang aku nak dah takde saiz sebabtu aku ambil yang ni. mohon zalora cepat cepat restock saiz sandal yang aku nak tu. aku suka gila dengan design sandal ni walaupun sandal ni bukan sandal pilihan pertama aku. sandal ni jugak ada promosi tau hehe. memang puas hatilah dengan sandal ni :))


So, itulah haul pertama aku from zalora. sebenarnya banyak lagi aku nak ambil tapi voucher dapat seratus je sebabtulah dapat dua benda je hehe takpe nanti kalau zalora baik hati lagi, boleh lamar aku buat kali ketiga >,< hahaha ok aku dah mengarut. btw thankyou zalora sebab pilih aku haha. sebenarnya aku pun teringin nak buat beauty haul aka makeup haul cuma makeupnya belum cukup untuk dibuat haul. inshaAllah nanti aku cuba buat collection. lagipun aku memang tengah buat koleksi lipstick matte lepastu nak buat koleksi palette. aku dah senaraikan bende bende yang aku nak beli haha harap aku tak boros >.< doakan aku supaya dapat buat makeup haul secepat mungkin ye! and last sekali, aku akan menghadapi exam sem1 stpm minggu depan :") doakan aku ye. sekali lagi, terima kasih zalora, terima kasih semua. Assalamualaikum :)

Tuesday, 8 November 2016

Mega Giveaway By Blogger's Family 2016

November 08, 2016 5
Mega Giveaway By Blogger's Family 2016
{tekan banner/gambar untuk join}

Assalamualaikum. harini nak join GA group blogger sendiri (walaupun tak sponsor) yang dipersetujui oleh 30 ahli blogger kami. Semoga ada rezeki untuk hujung tahun ni:p.
Jemput join ye semua :) sebab hadiah yang ditawarkan memang best dan menarik gila. rugi betul kalau hampa semua tak join >,< 

instagram : @raizahalisah

              ; http://airahsyahirah.blogspot.my/ 

Friday, 4 November 2016

Trend Fesyen Terkini Popular

November 04, 2016 2
Trend Fesyen Terkini Popular


Assalamualaikum semua. entry kali ini berkenaan dengan fesyen terkini yang semakin menjadi bualan rakyat malaysia. sudah tentu, kita sebagai seorang perempuan yang suka menjaga penamipilan sangat mengikuti perkembangan fesyen tersebut. tidak hairanlah mengapa kita boleh melihat ramai gadis, wanita serta nenek yang berumur lingkungan 50 keatas juga sangat meminati fesyen. namun, umur bukan lagi penghalang buat mereka kerana fesyen tidak mempunyai istilah 'umur' untuk menggayakannya.

Saban tahun kita akan dapat lihat perubahan trend fesyen terkini dalam pasaran seperti yang dicetuskan di atas pentas-pentas peragaan fesyen antarabangsa dan tempatan. Untuk tahun ini kita boleh lihat banyak gaya fesyen terkini paling hangat ditampilkan dan menjadi pilihan ramai pencinta fesyen di seluruh dunia. Jika anda mahu terus tampil menarik mengikut trend fesyen yang sedang popular seperti yang ditampilkan banyak jenama fesyen besar adalah langkah yang bijak. Jom kita lihat trend fesyen terkini popular yang sedang mendapat tempat dalam kalangan para pencinta fesyen di Malaysia. 



Baju dress dianggap sebagai antara produk fesyen yang paling popular di Malaysia buat masa ini. Baju gaun menjadi pilihan terutamanya dalam kalangan wanita muda dan remaja. Kini terdapat banyak koleksi dress terkini online yang boleh didapati melalui website online shopping Malaysia di internet yang telah menjadikan fenomena trend online shopping di Malaysia. Selain baju dress online, baju dress Muslimah online juga menerima permintaan yang cukup menggalakkan dalam pasaran.



Skirt merupakan antara women bottom online yang terus mengungguli carta dalam pasaran fesyen di Malaysia. Ianya telah dianggap sebagai antara wardrobe essential terutamanya dalam kalangan wanita urban. Skirt kini bukan sahaja boleh dipakai secara kasual mahupun glamor untuk ke majlis-majlis istimewa, kini ia menjadi antara fashion must-have untuk dipakai oleh wanita berkerjaya ke pejabat.



Sejak beberapa tahun kebelakangan ini kita boleh lihat trend fesyen Muslimah terkini semakin meresap dalam industry fesyen Malaysia. Banyak butik pakaian dan butik fesyen Muslimah online yang mula menawarkan rangkaian koleksi pakaian Muslimah online dengan pilihan yang cukup meluas. Antara koleksi pakaian Muslimah terkini online yang menjadi pilihan hijabista adalah seperti baju kurung moden, baju kurung peplum, baju jubah dress dan tudung terkini.

Penggayaan fesyen bukan sahaja untuk ke majlis-majlis penting, malah fesyen juga untuk seseorang yang suka ke mana-mana sahaja. oleh itu, fesyen tidak mempunyai had untuk semua penggayanya.