Q&A about Braces - Raizah Halisah

Sunday, 21 August 2016

Q&A about Braces

بِسْمِ ٱللّٰهِ ٱلرَّحْمٰنِ ٱلرَّحِيمِ 
Assalamualaikum w.b.t



Entry kali ini aku tulis khas for those yang rasa "eh patut ke aku pakai braces?" , "kalau aku pakai braces, macam mana nak biasakan diri dengan besi dalam mulut?" okay tu adalah contoh soalan pemikiran yang pernah aku rasa sebelum aku start pakai braces ni. Mungkin ada yang perasan kalau aku post gambar kat ig aku ada pakai braces start awal tahun ni and yes aku mula suka bila pakai braces ni ^^ Entry ni jugak aku share perasaan aku and pengalaman aku sepanjang memakai braces. There are some question yang aku selalu dapat from certain people;


1. Bila start pakai braces ?
  • Awal tahun (2016) dalam bulan 2 kalau tak silap.

2. Buat braces dekat klinik kerajaan or swasta ?
  • Aku buat dekat klinik persendirian (swasta).

3. Buat braces dekat mana?
  • Braces ni aku buat dekat Klinik Pergigian Persona, Hang Tuah Mall, Melaka. Klinik ni macam tertutup sikit sebabtu tak ramai yang tahu.

4. Buat braces harga berapa ?
  • 5k tapi bayar tiap appointment.


5. Sakit tak time doktor pasang besi dekat gigi?
  • Sebelum doktor tu pasang besi, dia akan buat replika gigi kita (gigi sebelum guna braces) and yes time dia buat tu memang sakit tapi bila dah start pasang besi, dah tak rasa sakit dah :)

6. Sakit tak time pakai braces?
  • Okay macam aku cakap tadi, time doktor pasang memang tak sakit TAPI lepas dah balik rumah, aku rasa sakit dia tu. Dia punya sakit memang sakit sampai kau nak ketap gigi pun tak boleh sebab rasa macam semua bahagian gusi bengkak semacam.

7. Berapa lama sakit gigi tu?
  • First two weeks. Dalam masa dua minggu tu, makanan kena pantang termasuk makanan yang memerlukan gigi kita untuk gigit such as ayam, kambing, malah kenkadang nasi pun tak boleh makan sebab nak mengunyah tu memang sakit. tu aku tak tipu seriously. So makanan yang kau boleh makan time tu adalah BUBUR. Selain tu jugak, lepas appointment pun akan rasa sakit dalam one week macam tulah. Depends pada doktor tu nak buat apa time appointment. Kalau doktor tu nak tukar besi panjang, alamatnya kena tahanlah seminggu dua sakit dia. Kalau doktor hanya tukar getah, dalam 2-3hari je sakit tapi itu pun tak rasa haha.

8. Selain bubur, ada makanan lain ke supaya gigi kita tak tambah sakit?
  • Rasanya takde kot haha sebab BUBUR je yang boleh buat kenyang kalau ada pun nestum tapi tak rasa kenyang gak hm. tapi memang makanan utama untuk pesakit braces ialah bubur. eh dah macam orang demam lah pulak T^T

9. Mula mula pakai braces memang terus letak getah ke? Getah pertama warna apa?
  • Untuk aku, doktor tu tak letak getah pada awal pemakaian. Amik masa berbulan jugak lah dalam 6-7 bulan macam tu baru pakai haha ni pun aku baru pakai getah and getah tu warna biru :)
10. Best tak pakai braces?
  • Best sangat. selain daripada buatkan gigi aku jadi elok, aku jugak dapat gelaran akak braces kat sekolah OxO hahahaha kk jkjkjk.

Buat Q&A ni rasa macam hot pulak tetiba haha tapi bukannya aku nak rasa aku ni (hotstuff?) or apa cuma nak bagitahu macam langkah langkah kalau ada yang nak pakai braces tak lama lagi ke kan sebab aku time buat braces dulu tak pernah pulak nak search google apa kena buat time sakit gigi tu haha. Aku rasa aku search pun lepas buat braces tu and time gigi aku sakit baru aku gelabah search google nak makan apa bila gigi dah sakit macam ni. Aku ni newbie lagi dalam pemakaian braces so tak berapa nak pandai sangat nak bagi tips >,< tapi tetap nak bagi tips untuk korang yang dah ada niat nak pakai braces cuma time gusi tu sakit, kenalah tahan, jangan tanya aku apa perasaan aku time gusi aku sakit T^T weh serious lah aku nangis (perempuan) okay XD.

and for the last cuma nak ingatkan kat korang, 

"JANGAN BERANI PAKAI FAKE BRACES"

rasanya ramai kan yang pernah tengok effect sebab pakai fake braces? haa jangan amik risiko tau kalau tak mampu nak tanggung nanti ye :) byebye

sis selpie dulu okay haha okay time ni belum pakai getah lagi :)

yang ni time dah pakai getah tapi tak nampak sangat sebab effect iphone --"

xoxo,
raizahalisah 



5 comments:

  1. I have some friends yang pakai braces and they make me feel never wanted to wear braces.
    And Alhamdulillah I don't have any reasons to wear it pun.
    But yah I salute people who can stand to wear it. ❤

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup sebab pakai braces untuk kecantikan tu pun sebenarnya dosa. nasib baik raizah pakai bukan untuk kecantikan semata mata :)

      Delete
  2. singgah follow sini^^ btw comel sgt awk pakai braces. saya teringin nak pakai. tapi dengar kata kena cabut gigi tu tak jadi lah. hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks Vanilla Maple :) eh tak raizah punya gigi tak kena cabut sebab gigi memang jarang tapi certain people kena cabut ! so depends pada doktor jugak ^^

      Delete
  3. lebih kurg saya,sy pakai masa awal bulan 3 tahun ni :) tp lepas pakai tetap jugak tibai makan nasi haha

    ReplyDelete