NEW DESIGN 07/16

بِسْمِ ٱللّٰهِ ٱلرَّحْمٰنِ ٱلرَّحِيمِ
 Assalamualaikum w.b.t



Alhamdulillah bulan Ramadhan sudah nak sampai ke penghujungnya. Semoga amalan kita diberkati dan diterima oleh Allah. Sempena hari raya yang bakal berlangsung dalam beberapa hari lagi, aku pun bercadang untuk menukar rupa blog aku muehehehehe. Ni tak tahu lah dah berapa kali template ditukar bagi mengemaskan blog ini. Sebenarnya, aku cuba untuk memperbanyakkan masa aku untuk blog kesayangan aku ni tapi sejak dah era pra-u ni, masa yang diperuntukkan sangatlah terhad. Kadang dah tak de masa langsung nak membuka laptop apatah lagi menyentuhnya. Harap semua faham mengapa aku dah takde active di dilam blog mahupun di group whatsapp T^T.


Tema blog aku kali ini ialah black&white. Seperti dahulu hihihihi. Thanks to ThemeXpose for this elegant and brave theme lol. Aku memang addicted dengan warna hitam putih so thts why aku pilih theme ni. Tak terlalu berwarna-warni seperti tema blog sebelum ini dan tak terlalu perempuan. Theme baru ini untuk feeling rasa macam tumblr sikit so kemungkinan blog pun penuh dengan b&w je nanti. hehehehehehehehe. Cuma aku takut theme macam ni nanti buatkan aku cepat bosan lol. harap-harap tak lah sebab dah malas nak fikir edit edit ni semua :")


InshaAllah lepas raya aku akan merajinkan diri untuk mengupdate recipe di dalam blog aku ni seperti yang di janjikan pada entry sebelum ini. Doakan aku boleh update secepat mungkin ye ;) . Harap followers aku tak lupakan aku sebab aku dah tak active sangat sekarang T^T jeongmal mianhae hm hm hm.

Moga kita berjumpa lagi di entry seterusnya.
Terima kasih >_<

6 comments:

Instagram