Pertandingan Pakaian Beragam Bahan Terbuang Tingkatan 6 SSN SMK Seri Kota, Melaka.

بِسْمِ ٱللّٰهِ ٱلرَّحْمٰنِ ٱلرَّحِيمِ
Assalamualaikum w.b.t

Haii semuaaa... entry kali ini aku update bertujuan tentang pertandingan pakaian beragam dengan menggunakan bahan yang terbuang telah dianjurkan oleh Kelab Pengguna Tingkatan 6 SSN SMK Seri Kota. Pertandingan ini telah berlangsung pada hari selasa yang lepas bertarikh 26/7/2016 di dewan terbuka SSN SMK Seri Kota. So, lets check it out tentang cara-cara pelajar tingkatan 6 menggayakan baju yang dibuat oleh mereka dengan menggunakan pakaian yang terbuang.


Semua murid tingkatan 6 telah terlibat di dalam pertandingan tersebut. Pertandingan ini hanya kecil-kecilan sahaja kerana pelajar tingkatan 6 dekat sekolah aku tak ramai hewhew tapi aku suka tengok cara dorang buat walaupun last minit.


Princess Ong Choo Lian from kumpulan 2.
Okay group ni telah mendapat tempat yang pertama di dalam pertandingan ini. Design dress ini tersangatlah lawa. Aku suka cara ahli kumpulan mengembangkan kain belah belakang bak princess yang sebenar >,< Goodjob kumpulan 2 :)


Model kumpulan 1 yang ayu lagikan comel, Fatimah ^^
Okay yang ni group aku tau. Full of flower walaupun takde warna. Group aku ni dapat no 2 mungkin sebab bunga bunga tu :") kekreatifan hakak Shifa dan diinspirasikan oleh adiknya, maka terjadilah design bunga tersebut ^^ Alhamdulillah :) Bahan-bahan yang digunakan selain daripada surat khabar ialah kadbod (base baju), tali, dan juga plastik sampah hitam (turban hahahahahahha)


Okay yang ini Mr. Gadget katanya daripada kumpulan berapa entah aku tak tahu. Mr. Gadget dan ahli kumpulannya telah mendapat tempat yang ke-3 walaupun pembentang mengatakan bahawa baju Mr. Gadget tidak siap sepenuhnya hahahaha. Kekreatifan ahli kumpulan ini menggunakan bahan terbuang selain daripada surat khabar, mereka juga menggunakan kadbod, dan bekas plastik minuman (di atas kepala Mr. Gadget) 
*boleh perasan gambar Hsu Taiyu kat surat khabar tu omg terkejut sis*



Ini adalah di antara kelainan didalam pertandingan ini. Modelnya lelaki tetapi berbaju gadis-gadis hahaha. Bak kata pembentang, mereka inginkan kelainan dalam konsep pakaian mereka. Kumpulan ini telah mendapat tempat yang ke-4 dan aku akui ini tersangatlah comel omg >,<


Pemenang tempat yang ke-5. Kombinasi pakaian yang simple dan warna-warni serta bunga-bunga yang menyerikan lagi si peragawan hehe goodjob :))


dan ini adalah model di mana model ini mendapat tempat yang ke-6 !! okay group yang ni dikatakan buat kerja last minute tapi ini sangat kreatif walaupun tersangat simple hahahha

 Para model bersama baju peragaan mereka ^^







Tahniah kepada semua pemenang hehe. Minggu depan pertandingan futsal dan bola jaring pulak okay. Stay tuned!! BYE BYE

1 comment:

  1. hi, menariknya aktiviti dekat sekolah u!! btw, f6 sekolah u pakai baju biasa atau baju uniform sekolah?

    ReplyDelete

Powered by Blogger.