My Top 3 Favourite Game

بِسْمِ ٱللّٰهِ ٱلرَّحْمٰنِ ٱلرَّحِيمِ
 Assalamualaikum w.b.t


Harini baru sempat nak update entry. Lagipun, sekarang ni aku makin busy sejak sejak result u semua keluar. and korang, tolong doakan aku tau supaya aku dapat sambung belajar course kegemaran aku iaitu matematik kat mana-mana u ataupun kolej. Sebab sekarang ni nak masuk u pun susah. Sebab tu aku minta korang doakan aku :). Aku dapat form6 tapi aku masih ragu-ragu lagi nak pergi atau tak. Sekarang ni aku tengah tunggu result upu (uitm) esok. Harap-harap sangat aku dapat course yang aku minta :)).

Beralih kepada tajuk untuk entry kali ini, ramai sebenarnya tertanya apa yang aku buat selama 5-4bulan ni. Aku tak kerja sebab parents tak kasik. So, apa aku buat sepanjang 4-5bulan ni? Aku main game T^T. Sebabtulah tajuk dia "My Top 3 Favourite Game". Dekat entry ni, aku nak ceritakan ataupun nak share game fav aku :"). Mohon jangan kecam saya T^T.

1. SimS Freeplay


Kat sini, siapa minat main Sims? Tak kiralah Sims 2, Sims 3, Sims 4, Sims World Adventure dan bermacam tajuk sims lagi hahaha. Aku memang minat main Sims ni. Dulu, aku suka main The Sims 2 kat ps. Lepastu main sims kat phone nokia c-3 aku and sekarang ni aku main sims freeplay kat iphone aku. Dan akhirnya, aku still main lagi sims freeplay ni. Time aku main sims 2 dulu, mak aku selalu kata kat aku yang aku ni tak bosan ke main game ni hahaha tapi aku kata tak sebab game sims ni macam hidup kita setiap hari jugak. cuma dekat sims ni kau boleh berangan jauh lagi hahaha. contohnya, kalau dekat sims ni, kau boleh create diri kau lawa-lawa lepastu create lagi satu sims then letak nama crush kau hahaha at the end sims kau tu akan bercinta dengan sims crush kau. dekat situ tahap berangan kau nak berumah tangga dengan crush akhirnya tercapai hahahahahaha. ok aku selalu buat macam tu *tutup muka*.

Tapi, untuk sims freeplay ni, aku tak lah letak nama aku ataupun nama crush tapi aku letak nama budak budak exo hahaha dan untuk pasangan dorang, aku pilih random from asian fanfics :).

Ini adalah sims yang aku create. Exo members dan pasangannya hahaha.

Istana kononnya aku create. rumah pertama ni. 

Ni tingkat bawah.
(jangan kutuk. aku tak pandai design rumah lagipun aku bukan arkitek >,<)

tingkat 2 hanya untuk bilik. kalau ada duit lebih, aku ingat nak tambah lagi 1 tingkat >.<


Banyak lagi rumah tapi aku takmau tunjuk design rumah buruk aku tu semua T^T hahahaha. So, untuk game sims freeplay ni best sebab quest pun best best. lagipun ada macam macam lagi termasuk lah mermaid reef maknanya sims korang boleh jadi mermaid haha and banyak lagi lah termasuk hobby macam-macam ada. Nak join jadi neighboor sims freeplay aku? dipersilakan add as friend kat facebook aku, https://www.facebook.com/fefiraizah.

2. Star Girl


Untuk game yang kedua, game ni ada keperempuanan sikit. Aku punya Star Girl versi biasa. Ada jugak star girl beauty queen semua tu dan banyak lagi. tapi aku lebih suka yang biasa. Star Girl yang ni best sebab tak tahu nak desc macam mana :"). Dia macam fashion dress jugak tapi yang ni lagi best. masuk contest dapat hadiah semua tu. pastu ada boyfriend ciplak. Boyfriend dia kat sini semuanya artis terkemuka didunia tapi dia ubah nama sikit lah contohnya pemain bolasepak Cristiano Ronaldo, tapi dekat star girl  ni dia letak CR dengan nama Kristiano McDonald dekat situ kau boleh tengok permainan dorang :") lagipun memang banyak jugak lah nama pelik semua tu :')

Tulah star girl aku haa siap ada kepak kau hahaha

Ahamdulillah dah level 80 hahahaha. Tak sia-sia usaha aku selama ni ^^. So korang yang memang suka main game perempuan dress up fashion macam ni, dah boleh install game ni. ok aku suggest je tau hahaha. Lepas dah install, boleh lah add aku as friend kat star girl ni. ID: UNFMPC . jangan lupa add :)) ataupun boleh add aku kat facebook nanti automatically ada kat fl star girl aku.

3. High School Story


High School Story ni tak banyak beza dengan sims. cuma HSS ni takde lah dia suruh tidur masak makan mandi semua tu. dia punya game cuma completekan quest pergi party semua tu untuk dapat macam-macam jenis orang lepastu ada jugak part dekat library dia ada level nak uji english korang semua tu. ada jugak part bahagian pergi dating berejam >,< hahahaha dekat sini jugak korang boleh cipta kebahagiaan korang dengan crush macam dekat sims freeplay cuma dekat sini aku tak tahu boleh kahwin ke tak sebab dekat sims tadi boleh kahwin lepastu dapat anak T^T okay aku dah mengaarut.

nilah rupa nya. ada banyak classroom.

And also dont forget to add me as a friend on my facebook. Semua game fav guna facebook. nyampeh hehehehe. Sebenarnya, aku adalah salah seorang peminat game Candy Crush. Disebabkan level yang susah, aku decide uninstall je game tu hahaha mana taknya level 207 terlalu kejam untuk aku hahaha kbye.

Semua game dalam entry ni, aku guna phone dan semestinya online game. Kena ada internet baru boleh bukak. Aku tak main game kat laptop sebab aku ni jenis pemalas sikit nak bukak laptop --" Korang yang dah baca entry merepek aku ni, apa salahnya korang pulak yang share your top3 fav game? Aku tag semua yang baca entry ni. Malas nak tag satu-satu hahaha maaf ye hehehe. byebye

12 comments:

  1. Kak Zara pon suka gak main game Candy Crush..sampai level 1100++.. pastu, uninstall..malas dah nak main..haha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wowww pandainya kak zara dah sampai level 1100+ em raizah dah 200+ dah give up :'(

      Delete
  2. anis main star girl hahahaha :) suka game tu ohh anis main time f4 kot ~~~

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahhaa ye ke anis waa kita boleh geng ni kat stargirl ^^

      Delete
  3. semua game tu, umie pernah main..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wow umie dah boleh jadi neighbour kat game fav raizah ni ^^

      Delete
  4. dulu fatin pernah main kejap je the sims tu, last last uninstall sebab dah bosan. fatin minat main game restaurant story, dan bakery story :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Restaurant story pon best sebab raizah penah main dulu tapi ada satu incident buatkan game tu kene reset so nak tak nak kena main balik semula tapi raizah uninstall je game tu ;(

      Delete
  5. semua game ni first time saya dengar. mau tak nye saya tak minat sangat main game

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe you should try the three of this. Memang best gila game semua tu ^^

      Delete

Powered by Blogger.