[REVIEW] Chinese Movie : The Mermaid


بِسْمِ ٱللّٰهِ ٱلرَّحْمٰنِ ٱلرَّحِيمِ 
Assalamualaikum w.b.t


Haii gaiss.. memandangkan aku bosan ni, bolehlah aku review pasal movie yang aku tengok petang tadi. So, movie tu adalah chinese movie yang diarahkan oleh Stephen Chow~ Stephen Chow tu weh. Kalau tak memang aku tak tengoklah chinese movie tu. Tajuk dia adalah "The Mermaid" kiranya baru lagi lah release movie ni 8hb Feb kalau aku tak silap lah. Lagipun aku memang minat cerita dongeng gini hahahaha. Actually aku beli tiket semalam sebab ramai sangat yang tengok cerita ni tu yang aku booking untuk tengok harini. So, lets take a look about this movie~~


Big poster of this movie


TITLE : The Mermaid
COUNTRY : China
LANGUAGE : Mandarin
DIRECTOR : Stephen Chow 
RELEASE DATE : 8 February 2016
TIME PERIOD : 94 Minutes
STARRING BY : Deng Chao, Show Luo, Zhang Yuqi, Lin Yun

SINOPSIS
Movie ni mengisahkan tentang seorang playboy yang kaya raya iaitu Liu Xuan (Deng Chao) yang telah membeli sebuah pulau yang bernama Green Gulf untuk projek penambakan laut dengan menggunakan teknologi sonar untuk menghilangkan kehidupan laut di kawasan itu. Tanpa diketahui sesiapa, sebenarnya pulau itu didiami oleh sekumpulan ikan duyung didalam sebuah kapal karam yang terbiar dan sonar itu  telah menyebabkan banyak ikan duyung tersebut mati dan sakit. Seluruh ikan duyung tersebut ingin membunuh Liu Xuan kerana perbuatannya yang membuatkan ramai hidupan laut mati. Ketua mereka telah menghantar Shan (Lin Yun) , ikan duyung yang cantik dilatih untuk berjalan diatas siripnya untuk menggoda Liu Xuan supaya memasuki perangkap mereka. Shan berjaya menggoda Liu Xuan dan mereka berdua banyak meluangkan masa bersama sehingga hadirnya rasa cinta terhadap diri masing-masing. sehingga Shan tidak mampu untuk membunuh Liu Xuan disebabkan cintanya itu. Ex gilfriend Liu Xuan iaitu Ruo Lan (Zhang Yuqi) berniat untuk menceroboh kawasan ikan duyung tersebut setelah mendapat tahu daripada Liu Xuan bahawa Shan merupakan ikan duyung. Disebabkan pencorobohan itu berlaku, ramai ikan duyung mati dan cedera setelah ditembak oleh orang suruhan Ruo Lan. Shan juga cedera teruk akibat ditembak dan dibom oleh orang suruhan Ruo Lan itu. Liu Xuan adalah satu satunya lelaki yang berjaya menyelamatkan Shan daripada ditangkap oleh Ruo Lan dan orang suruhannya. Liu Xuan juga sanggup ditembak oleh Ruo Lan demi menyelamatkan Shan dan menghantar Shan pulang ke dasar laut. At the end of this story, Ruo Lan ditangkap polis dan Liu Xuan kini insaf dengan sikap playboynya itu dan dia hidup bahagia bersama Lucy (Shan).


RH Review
Ok, bagi aku ni chinese movie pertama yang aku tengoklah. Dalam bilik panggung tu, aku dengan family aku je melayu hahahaha and guess majoriti 99% orang cina dalam panggung tu :") To me, movie ni taklah serius mana. Akan ada part yang aku tengok kelakar lagi-lagi bahagian sotong kurita tu  >,< memang puas hati tengok movie ni sebab movie ni ada yang sedih, kelakar, pasal cinta kan. Ada jugak bahagian 18+ tapi tak banyak kot kissing scene je aku rasa. Cuma bagi aku ending dia macam pelik sikit kenapa nama Shan tukar jadi Lucy?  Liu Xuan tu kahwin ke dengan Shan? tapi memang endingnya dorang tinggal bersama. Tapiiii memang aku terkejut bila Kris Wu Yifan ada dalam movie tu T^T lol rindu betul aku kat dia. kat ot12. Kris ni dia jadi cameo dekat part-part nak habis tu dia berlakon sebagai marine biology student dan dia interview Liu Xuan tentang gambar ikan duyung yang ditangkap oleh lelaki duyung palsu di jeti dimana Liu Xuan selamatkan Shan daripada Ruo Lan. So, aku as peminat Kris Wu ni ternganga kejap haha betul ke ni Wu Yifan ex EXO? orang cina sebelah aku dah mula bising dengan nama "Wu Yifan" maklumle mesti dia minat EXO kan? hahaha even Kris as cameo pun aku bahagia tengok movie tu even sekejap je part dia T^T time tu rambut dia panjang lagi and tak botak lagi time tu :").

RH Rating
Movie ni aku bagi 9/10 lah sebab awal-awal memang bosan je tengok sebab ikan duyung tak keluar lagi >,< but time Liu Xuan spent time dengan Shan memang kelakar lagi lagi time kat taman tema dorang naik semua permainan kat situ and pasal sotong kurita kena panggang tu pun kelakar gila nak mati.. semua yang kat dalam panggung gelak pasal sotong tu :")) ok kita nak kasik awak tengok trailer dia dulu.


                                     


Shan, heroin ikan duyung 

scene Shan dengan Liu Xuan

part yang kelakar bila polis ni lukis rupa ikan duyung >,<

inilah sotong kuritanya lakonan Show Luo memang kelakar gila >,<

takbanyak sangat scene yang aku jumpa kat encik google ni >,<
Tapi tengoklah kat gsc. mana mana gsc ada kot aku rasa hahaha 

yang ni aku tengok kat gsc aeon jj

minggu depan aku rasa ada movie baru jepun ke china entah tapi memang aku nak tengok haha entahle sejak bila aku minat movie chinese ni aku pun tak tahu hahahaha~~~~~


2 comments:

  1. wah ikan duyung! :D
    too bad Fifi tak baper nak suka citer ikan duyung lately,
    geli tengok fins and tails and everything huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. heheheh tapi fins and tails dia lawa gila. trylah tengokk~~

      Delete

Powered by Blogger.