Fated To Love You (Korean Drama)


Haii semuaa. memandangkan aku memang dah seminggu lebih tak update entry, so harini aku nak update entry pasal k-drama. Ok tajuk dia adalah "Fated to Loved You". Actually, drama ni aku tahu sejak aku dengar lagu Ailee - Goodbye My Love kat youtube. Sejak tu, aku punyalah cari site yang boleh aku tengok drama tu secara online (time tu aku tak kenal kissasian lagi). So, dengan gigihnye cari sampai tak jumpa site sampai aku putuskan untuk beli burn dvd je yang berharga rm16 dekat igshop instagram. 

Cover utama dia. Boleh nampak Jang Nara dengan Jang Hyuk as watak utama drama ni.

TITLE : Fated To Love You / You Are My Destiny (운명처럼 널 사랑해)
EPISODE : 20 episodes
COUNTRY : South Korea
LANGUAGE : Hangul (Korea)
DIRECTOR : Lee Dong Yoon, Kim Hee Won
TIME PERIOD : 
RELEASE YEAR : 2014
STARRING BY : Jang Hyuk, Jang Na Ra, Choi Jin Hyuk, Wang Ji Won

RH REVIEW
Bagi aku, drama ni mengisahkan seorang perempuan yang bernama Kim Mi Young (Jang Na Ra) yang tak begitu popular dan naif di tempat kerjanya. Dia juga sering dijadikan orang suruhan untuk melakukan apa sahaja kerja yang diarah oleh rakan sekerjanya. Kisah bermula apabila dia memenangi cabutan bertuah untuk pekerja di firma guaman itu dimana dia akan bercuti dia Macau untuk 2orang.

Dekat Macau, Mi Young pergi dengan Peguam Min (Kim Young Hoon) sebab Mi Young rasa Peguam Min memang betul sukakannya padahal peguam Min sengaja nak permainkan perasaan Mi Young. Di sudut yang lain pula, ada seorang lelaki yang bernama Lee Gun (Jang Hyuk) juga bercuti di Macau dengan rancangan ingin melamar kekasihnya yang bernama, Kang Se Ra (Wang Ji Won) iaitu seorang penari ballet. Tetapi, Se Ra tak pergi pun Macau sebab dia ada pertandingan ballet kat U.S kalau tak silap aku lah. Ketika Lee Gun dekat spa, ada dua orang lelaki bagi dia air untuk mabukkan dia. Sementara tu, Mi Young pun minum air yang dia jumpa kat tasik dan dia pun mabuk jugak. Takdir telah menemukan Mi Young dengan Lee Gun dalam keadaan yang mabuk dan mereka tidur bersama hingga menyebabkan Mi Young mengandung. Mereka akhirnya berkahwin atas dasar anak di dalam perut Mi Young tanpa cinta.

Lepastu macam macam jadi sampai kandungan Mi Young gugur dan dia tinggalkan Lee Gun keseorangan dan dia pergi luar negara dengan seorang lelaki yang bernama Daniel Pitt. Lepas 3tahun, Mi Young kembali ke Korea sebagai pelukis terkenal dan Lee Gun berusaha untuk memikat hati Mi Young supaya kembali kepangkuannya.


RH RATING
9.0/10.0



LINK TO WATCH THIS DRAMA

TRAILER & PHOTO



Fated to Love You (trailer)

Fated To Love cast.
from left, Kang Sera, Lee Gun, Kim MiYoung, Daniel



Side of Lee Gun tht I really love lol

They married again <3

No comments:

Post a Comment

Instagram