TUTORIAL | Download Video (Savefrom.net)


Assalamualaikum,
Harini aku nak buat tutorial tentang macam mana nak download video guna laptop daripada youtube, dan lain-lain tanpa memasang App dalam laptop. Mungkin tutorial ni semua dah tahu cuma aku sesaja nak post tutorial ini bagi sesiapa je yang tak tahu.

1. Okay mula-mula korang kena pergi lah kat Youtube atau mana-mana site yang korang nak download video.

2. Search video yang korang nak. lepastu copy url video. Copy yang aku dah bulatkan warna merah tu.


3. Lepastu, korang pergi pulak link ni Savefrom .


4. Dekat dalam kotak tu, korang masukkan url link yang korang copy tadi. Lepastu tekan enter. Akan keluar macam ni.


5. Dekat kotak sebelah download tu korang nak pilih quality dia macam mana.  Ada 720p dengan 360p. Kalau korang jenis nak tgk HD, pilihlah 720p cuma megabytes dia banyak takut berat nau. tapi kalau korang nak biasa biasa je, boleh pilih 360p. Depends pada video jugak lah.


6. Lepas tu korang dah boleh tekan download yang kotak hijau tu.
7. Tunggu habis download barulah korang boleh tengok video yang korang download tadi.
8. Kat bawah ni ada senarai site yang korang boleh download video guna Savefrom tadi.


9. Selain video, korang jugak boleh download lagu. Sama macam cara diatas ^~
Kalau ada apa-apa, korang boleh komen ye. InshaAllah aku boleh bantu ^^


1 comment:

  1. memang suka guna SaveFrom.net tu, senang nak guna :)

    ReplyDelete

Instagram