2016 - Raizah Halisah

Thursday, 8 December 2016

#MyTravelokaEscapade : South Korea Destinasi Pilihanku !

December 08, 2016 9
#MyTravelokaEscapade : South Korea Destinasi Pilihanku !
Assalamualaikum and annyeonghaseyo semua :)


korang suka bercuti tak? bercuti ke luar negara memang impian semua manusia nak nak perempuan macam aku ni. impian aku nak bercuti ke seluruh dunia suatu hari nanti inshaAllah dan seandainya aku diberi peluang oleh  www.traveloka.com.my , aku tidak akan mensia-siakannya kerana traveloka merupakan syarikat yang menyediakan perkhidmatan tempahan tiket kapal terbang dan juga tempahan hotel dengan harga yang murah menerusi online. untuk korang yang sedang berbajet pada musim cuti sekolah ini dan ingin bercuti ke luar negara tidak kira dimana sahaja, korang bolehlah melayari laman web traveloka tersebut :)
#MyTravelokaEscapade


Sekiranya aku diberi peluang untuk memilih satu daripada sepuluh destinasi yang terdapat di atas, aku akan memilih South Korea sebagai destinasi utama pilihanku :) seperti semua orang tahu, South Korea merupakan salah satu negara yang mempunyai jumlah pelancong yang meningkat dari tahun ke tahun. ia mungkin disebabkan oleh pengaruh kpop dan juga pengaruh budaya korea.
jika aku dapat melancong ke South Korea, sudah tentu aku akan pergi ke tempat-tempat yang aku impikan selama ini. nak tahu tempat apa? jom baca selanjutnya :))


1. Nak main ski dekat Vivaldi Park, Hongcheon City, Gangwon, South Korea. 

Vivaldi Park ni terletak di Gangwon, South Korea. Vivaldi Park ni kira taman tema sebab ada taman tema air dekat bahagian Ocean World. Vivaldi Park ni merupakan ski resort yang pertama di South Korea. Aku suka pergi taman tema sebab dapat release tension. selain tu jugak, aku nak main ski dekat sana. korang tengok drama korea The Legend Of The Blue Sea tak? kalau tak silap aku episode 6, dia ada tunjuk tempat penggambaran di Ski World tersebut. part dimana aksi kelakar Shim Chung main ski bersama Heo Joon Jae dekat sana. so, aku nak ke Vivaldi Park ni kalau di beri peluang. InshaAllah.

(permandangan ski world pada waktu malam)
lawa kan?~~~



2. Nak main permainan di Everland Theme Park, Gyeonggi-do, South Korea.


 (pintu masuk everland)


(nak naik roller coaster tu!! someone pls bring me here)

macam sama dekat atas, Everland ni pun theme park sebenarnya cuma everland ni lagi besarlah daripada Vivaldi Park. dekat Everland ni ada macam macam termasuk zoo, theater, magic house, roller coaster dan lain-lain. kalau korang pernah tengok running man ke, drama korea ke mesti pernah tengok theme park ni. sebabtulah aku pun terjebak dengan Everland ni sampai nak main semua permainan kat Everland ni dan yang paling penting, nak main semua rollercoaster yang menyeramkan dekat sana >,<



3. Gyeokbokgung Palace (National Palace Museum of Korea) , Seoul, South Korea.


ini adalah impian aku sejak aku ketagih dengan drama tradisional korea! Gyeongbokgung Palace ni sebenarnya istana pada zaman joseon tapi sekarang dah tukar jadi museum utama yang ada dekat Seoul, South Korea. kenapa aku nak pergi sini? sebab aku nak jugak feeling puteri raja macam kat dalam drama sambil pakai hanbok kahkah pastu nak ambil gambar ala ala puteri raja yang ada hamba dekat belakang lol. ala takde hamba pun takpe! janji dapat pergi sini pakai hanbok hehe :p



4. Nami Island, Chuncheon, South Korea



Nami Island merupakan tempat yang paling aku nak pergi lepas terjebak dengan Autumn In My Heart. aku suka tengok pokok-pokok tinggi tu berubah musim. gambar kat atas musim luruh rasanya malah ada musim bunga dan juga musim salji! rasanya aku paling suka musim luruh sebab kalau angkat gambar konfem cantik gila namati!!



5. SMTOWN Theme park In The City, Gangnam-gu, Seoul, South Korea.




 dan aku jugak nak pergi dekat sini, SMTOWN. selain boleh dapat jumpa oppa, aku nak tengok theatre live kat dalam smtown ni lol. ni memang wishlist daripada dulu sejak aku kenal exo.
nak jelajah satu bangunan smtown ni dan tak nak terlepas satu inci sekalipun :p ofc nak shopping nak bergambar apa semua bila dah masuk dalam ni tau :D

(all photos are not mine bcs i got all of this from mr. google :D )

Thats why aku nak pergi South Korea. Destinasi menarik yang telah lama aku impikan selama bertahun ni. InshaAllah kalau ada rezeki, aku akan pergi ke destinasi impian aku. Terima kasih pihak Traveloka dan #MyTravelokaEscapade :).


anda semua berpeluang untuk terbang bersama Traveloka melalui contest ini. jom join sementara masih ada dan hadiah menarik menanti anda semua. apa tunggu lagi? jomlah join :)



xoxo,
raizahalisah

Tuesday, 6 December 2016

Top 5 IGERS Share The Best Cooking Recipe (Worldwide)

December 06, 2016 5
Top 5 IGERS Share The Best Cooking Recipe (Worldwide)

Hallo guyss. wassup? cuti sekolah ni buat apa je? for those yang still sekolah macam aku ni biasalah mereput je dalam bilik kan hahaha. yang uitm dah start next sem dah pun. yang lain aku tak tahu lah. apa kata korang korang termasuk lah aku ni sekali luangkan dengan aktiviti memasak? sebab daripada korang menanguk makan tidur makan tidur, baik latih diri dengan memasak :p manalah tahu nak kahwin nanti takdelah kena perli dengan mak mentua nak nak dapat mak mentua yang cerewet lol kesitu dah aku ni hahaha. okay btw entry harini aku nak suggest kat korang pasal igers yang memang handal bab memasak ni. dekat sini jugak korang boleh belajar memasak melalu video yang telah di post oleh mereka.


1. BuzzFeed (Tasty)
BuzzFeed ni memang popular dekat facebook, twitter dan instagram. salah satu yang aku suka dekat buzz feed ni adalah Tasty. Tasty ni memang popular gila dekat laman sosial sebab dekat sana dia akan post satu video masak setiap hari. so, korang yang nak cuba belajar memasak makanan ala barat, boleh tengok dekat video yang dorang post. btw, Tasty ni memang ada banyak pecahan dan pecahan tulah yang mengasingkan jenis resepi-resepi yang berlainan.




Instagram: @buzzfeedtasty 
(recipe for random food)

Instagram: @proper_tasty (recipe for British food)
Instagram: @tastyjapan (recipe for Japanese Cuisin)
Instagram: @tastydemais (recipe for Portuguese Cuisin)

sebabtulah, aku cakap yang tasty ni memang aku recommend untuk korang yang nak mencuba masak makanan dari luar negara πŸ˜‹.


2. Cookat
Suggestion yang kedua ialah from Cookat. ok, cookat ni from korea. so, sesiapa yang berkenan nak cuba masak makanan korea, boleh usha ig ni. manalah tahu kan bila usha tu dah pandai masak, dah boleh feeling duduk kat korea jap hahaha. btw, untuk video recipe Cookat, ada dua ver. dimana ada ver. korea dan ver. english. makanan yang sama cuma mungkin cara penyampaian recipe je berbeza lol.

 Instagram: @cookat_korea
(korean languange)



Instagram: @cookat__
(english language)

3. Diply (Delicious)
Untuk yang ketiga pulak, aku suggestkan Diply Delicious. benda yang buatkan aku suka Diply Delicious ni sebab dorang selalu post recipe untuk dessert, pasta haa senang ceritalah pasal western food. ada jugak recipe cara cara nak buat cookies, cake dengan cara yang sangat mudah gila. korang-korang yang suka memasak cake ataupun dessert, boleh usha ig ni tu hehe manalah tahu dapat idea ke apa time kelas memasak? lol


Instagram: @diplydelicious


4. Tastemade
Pilihan yang ke-4 pulak ialah Tastemade. sebenarnya, tastemade ni ada banyak recipe untuk setiap negara. so, kalau korang jenis yang nak tengok lebih terperinci lagi tentang recipe ikut negara, boleh tengok dekat website Tastemade . cuma dekat sini aku just bagi ig tastemade yang memang official haha.


Instagram: @tastemade

Tastemade Indonesia: @tastemadeindonesia
Tastemade Brazil: @tastemadebr
Tastemade Japan: @tastemade_japan
Tastemade UK: @tastemadeuk
Tastemade Spain: @tastemadees
Tastemade France: @tastemadefr


5. Dingo Food
Dan yang ke-5, ialah Dingo Food. DF ni sama macam cookat tadi. based from korea. kalau dah based pun from korea, konfem lah makanan korea kan? lagi satu, dekat dingo ni dia ada jugak makanan from indonesia tapi lain u/n lah. baru aku perasan yang banyak aku stalk, banyak aku menaip ni takde satupun malaysia lol haha mohonlah sesiapa collab dengan kelima-lima syarikat besar ni  pastu share kan lah recipe masakan melayu kita yang sedap sedap dan boleh orang luar rasa dan cuba macam mana kita cuba dan rasa tradisi makanan dorang hahaha.


Instagram: @dingo_food
(official)

Dingo Food Indonesia: @dingofood.id


Reminder;for those yang rasa nak ikut recipe kat atas ni, makesure pastikan bahan yang dorang gunakan adalah HALAL (untuk muslim) sebab korang akan dapat tengok bende yang tak halal esp bacon, wine and others. sebelum buat, search dulu ingredients dekat website utama dorang tau? search sama ada bahan yang nak digunakan tu halal ke tidak. kalau tak halal, mungkin boleh tukarkan kepada bahan yang halal :) bukan apa, recipe mat saleh ni selalunya biasalah western kan dorang mana tahu halal kalau ada bende haram ke dorang makan je tapi kita as muslim tak boleh tetap kena makan makanan yang halal :)) remember it πŸ‘†πŸ’—


xoxo,
raizahalisah





Saturday, 3 December 2016

Mnet Asian Music Awards (MAMA) 2016

December 03, 2016 2
Mnet Asian Music Awards (MAMA) 2016



p/s: entry ini berkaitan penuh dengan kpop


Assalamualaikum semua... semalam telah berlangsungnya MAMA2016 dekat Hong Kong sekali lagi. actually nak update pasal bende ni malam tadi tapi disebabkan aku dah malas haha tu yang baru sekarang update. okay, bagi yang tak tahu MAMA2016 ni apa, meh sini aku terangkan. MAMA2016 ni sebenarnya Mnet Asian Music Awards dimana rancangan ini adalah bertemakan anugerah. alah macam Anugerah Skrin ke ABPBH ke haa dia sama macam tu. cuma yang beza MAMA ni pulak dia untuk muzik. senang cerita, MAMA ni awards untuk kpop lah kan. kpop boy group & girl group akan attend sebab dorang tercalon haa centulah. as usually, aku as kpoppers memang wajib tengok bende ni since 2011 lagi tak silap aku. cuma 2011 takde EXO. tapi bende tak best sebab banyak group takdeπŸ˜“πŸ˜“



As EXO-L, aku bahagia betul semalam walaupun performance abang tak banyak 😭 tapi takpe aku tetap bahagia sebab EXO dapat 3 awards iaitu Best Asian Style, Best Male Group, Album Of The Year for 4 consecutive years!!!!! dan tak lupa jugak untuk Best Collaboration yang Baekhyun & Suzy dapat menerusi lagu Dream πŸ’ƒ congrats abang abang semua. tak sia sia vote,watch mv selama ni. sayang betul aku kat korang semua πŸ’žπŸ’ž yelah since korang debut lagi kan aku stan. thanks to pakcik sooman sebab debutkan anak anak aku ni time 2012. imma proud exo-l yesterday, today and forever. walaupun aku tahu aku dah lama tak berfangirling time aku spm dulu tapi aku tetap ikut perkembangan korang sampai sekarang 😍. congrats sayang sayang sekalian em nak nangis sebab terharu gila ni sumpah hahaha. semoga di masa akan datang, EXO akan terus cemerlang seperti tahun tahun sebelumnya πŸ’–πŸ’–. serious tak tahu nak gambarkan macam mana perasaan aku time dorang dapat aoty tu πŸ˜‚πŸ˜‚.




Best Asian Style (3 Consecutive Years)
#BestAsianStyle
EXO #MAMARedCarpet
μ—‘μ†Œ #MAMARedCarpet











Best Male Group (3 Consequtive 
Years)
#BestMaleGroup
EXO #MAMARedCarpet #MAMA2016
μ—‘μ†Œ #MAMARedCarpet #MAMA2016







Best Collaboration (Baekhyun&Suzy)
#BestCollaboration
μˆ˜μ§€ & λ°±ν˜„ - Dream
#MAMARedCarpet
#MAMA2016










HotelsCombined Album Of The Year (4 Consequtive Years)
#AlbumOf TheYear
μ—‘μ†Œ - Ex'Act
EXO #MAMARedCarpet
μ—‘μ†Œ #MAMARedCarpet







As Buddyz, aku bangga sebab satu satunya girl group yang aku stan iaitu GFriend akhirnya menang Best Dance Performance Female Group πŸ’ƒπŸ’ƒ sememangya GFriend memang layak menang award ni sebab apa? korang kenalah tengok semua mv dorang tau. tarian dorang dalam semua mv memang energetic giler. thats why aku suka sangat group ni. discography dorang memang sangat unik. korang pun patut stan group ni (kpoppers je) even group ni boleh dikira baru lah jugak debut 2015 and aku pun memang tak suka girl group baru baru ni sebab gedik melebih lol tapi aku boleh tersangkut dekat GFriend ni. try weh, try. pergi tengok mv dorang. takpun nak lagi gempak, korang tengok dekat SINI. performance gfriend paling fav setakat ni. boleh meremang bulu roma wooo~~~ btw, performance gfriend dengan seventeen untuk mama2016 tak mengecewakan tapi aku tak tahu kenapa aku ship sangat BTS&GFriend ni. berharapan lah jugak nak tengok group berdua tu mashup bersama 😁 and bias aku semestinya Eunha, si vokalis pendek rambut pendek HAHAHAHA 😝😝


Best Dance Performance Female Group
#BestDancePerformanceFemaleGroup
예자친ꡬ - Rough
#MAMARedCarpet
#MAMA2016






LIST OF THE WINNERS

Album Of The Year (Daesang) - EXO "Ex'Act"
Artist Of The Year (Daesang) - BTS
Song Of The Year (Daesang) - TWICE "Cheer Up"
Best Music Video - BLACPINK "Whistle"
Best Male Artist - Zico
Best Female Artist - Taeyeon
Best Male Group - EXO
Best Female Group - TWICE
Best Dance Performance Male Group - BTS "Blood Sweet & Tears"
Best Dance Performance Female Group - GFriend "Rough"
Best Dance Performance Solo - Taemin "Press Your Number"
Best Collaboration - Suzy & Baekhyun "Dream"
Best Vocal Performance - DAVICHI "Beside Me"
Best OST - Lee Juck "Don't Worry" (Reply 1988)
Best Vocal Performance Male Solo - Crush "Don't Forget"
Best Vocal Performance Female Solo - Ailee "If You"
Best Band Performance - CNBLUE "You're So Fine"
Best Rap Performance - Cjamm & BeWhy 'Puzzle"
Best New Artist Male - NCT 127
Best New Artist Female - I.O.I

World Performer Award - SEVENTEEN
iQIYI Worldwide Favourite Artist - GOT7
Best Of Next Artist Award Male - Monsta X
Best Of Next Artist Award Female - BLACKPINK
Best Producer - Black Eyed Pilseung
Best Visual Art & Director - Min Hee Jin
Best Choreographer - J.Da Apissara Phetruengrong
Best Promoter - Masahiro Hikada
Best Executive Producer - Bang Si Hyuk
Best International Producer - Timbaland
Best Engineer - Tanaka Hironobu
Inspired Achievement - Quincy Jones
Best Asian Style - EXO
Best Asian Artist (Thailand) - Getsunova
Best Asian Artist (Vietnam) - Noo Phuoc Tinh
Best Asian Artist (Indonesia) - Isyana Sarasvati
Best Asian Artist (Singapore) - JJ Lin
Best Asian Artist (Japan) - Sekai No Owari
Best Asian Artist (China) - Hua Chenyu

Congrats to the all of award receiverπŸ‘πŸ‘
Congrats to EXO, BTS, GFriend, TWICE, BLACKPINK and the others.
also congrats to the all of nominees bcs nominated for the award.

we are one, EXO saranghaja πŸ’•πŸ’•πŸ’•




Monday, 21 November 2016

Giveaway Kek Lapis Sarawak by Ain Syahirah

November 21, 2016 19
Giveaway Kek Lapis Sarawak by Ain Syahirah
(click banner/gambar untuk join)

Assalamualaikum :)
raizah join ye, semoga ada rezeki ^^

Friday, 11 November 2016

HAUL | ZALORA #1

November 11, 2016 16
HAUL | ZALORA #1




Assalamualaikum semua. my first ever entry about haul! sebenarnya, memang dah lama teringin nak buat haul ni. jealous bila tengok blogger lain buat entry pasal haul sebabtulah hati ni finally dapat jugak buat haul pertama kali dalam hidup. sebenarnya, haul aku ni lebih kepada gift review. minggu lepas, zalora lamar aku buat kali kedua and yes aku terima hiks so dapatlah buat haul sendiri hehe. patutnya ni merupakan haul aku yang kedua sebab sebelum ni zalora memang pernah lamar aku macam aku kata tadi ni merupakan lamaran kedua tapi dulu tak terfikir pun nak buat haul cuma sekarang je aku baru terfikir nak buat. so, lets start :)



Inilah jam kedua yang aku dapat from zalora. kiranya yang ni second collection from something borrowed. jam ni aku pilih sebab aku nak gantikan dengan jam zalora aku yang dulu. lagipun aku memang suka gila semua jam design zalora ni thats why aku ambil yang ni. lagipun design jam ni tengah promosi. harga from 79.90myr to 49.90myr.







ini pulak sandal yang aku pilih. actually, sandal yang aku nak dah takde saiz sebabtu aku ambil yang ni. mohon zalora cepat cepat restock saiz sandal yang aku nak tu. aku suka gila dengan design sandal ni walaupun sandal ni bukan sandal pilihan pertama aku. sandal ni jugak ada promosi tau hehe. memang puas hatilah dengan sandal ni :))


So, itulah haul pertama aku from zalora. sebenarnya banyak lagi aku nak ambil tapi voucher dapat seratus je sebabtulah dapat dua benda je hehe takpe nanti kalau zalora baik hati lagi, boleh lamar aku buat kali ketiga >,< hahaha ok aku dah mengarut. btw thankyou zalora sebab pilih aku haha. sebenarnya aku pun teringin nak buat beauty haul aka makeup haul cuma makeupnya belum cukup untuk dibuat haul. inshaAllah nanti aku cuba buat collection. lagipun aku memang tengah buat koleksi lipstick matte lepastu nak buat koleksi palette. aku dah senaraikan bende bende yang aku nak beli haha harap aku tak boros >.< doakan aku supaya dapat buat makeup haul secepat mungkin ye! and last sekali, aku akan menghadapi exam sem1 stpm minggu depan :") doakan aku ye. sekali lagi, terima kasih zalora, terima kasih semua. Assalamualaikum :)

Tuesday, 8 November 2016

Mega Giveaway By Blogger's Family 2016

November 08, 2016 5
Mega Giveaway By Blogger's Family 2016
{tekan banner/gambar untuk join}

Assalamualaikum. harini nak join GA group blogger sendiri (walaupun tak sponsor) yang dipersetujui oleh 30 ahli blogger kami. Semoga ada rezeki untuk hujung tahun ni:p.
Jemput join ye semua :) sebab hadiah yang ditawarkan memang best dan menarik gila. rugi betul kalau hampa semua tak join >,< 

instagram : @raizahalisah

              ; http://airahsyahirah.blogspot.my/ 

Friday, 4 November 2016

Trend Fesyen Terkini Popular

November 04, 2016 2
Trend Fesyen Terkini Popular


Assalamualaikum semua. entry kali ini berkenaan dengan fesyen terkini yang semakin menjadi bualan rakyat malaysia. sudah tentu, kita sebagai seorang perempuan yang suka menjaga penamipilan sangat mengikuti perkembangan fesyen tersebut. tidak hairanlah mengapa kita boleh melihat ramai gadis, wanita serta nenek yang berumur lingkungan 50 keatas juga sangat meminati fesyen. namun, umur bukan lagi penghalang buat mereka kerana fesyen tidak mempunyai istilah 'umur' untuk menggayakannya.

Saban tahun kita akan dapat lihat perubahan trend fesyen terkini dalam pasaran seperti yang dicetuskan di atas pentas-pentas peragaan fesyen antarabangsa dan tempatan. Untuk tahun ini kita boleh lihat banyak gaya fesyen terkini paling hangat ditampilkan dan menjadi pilihan ramai pencinta fesyen di seluruh dunia. Jika anda mahu terus tampil menarik mengikut trend fesyen yang sedang popular seperti yang ditampilkan banyak jenama fesyen besar adalah langkah yang bijak. Jom kita lihat trend fesyen terkini popular yang sedang mendapat tempat dalam kalangan para pencinta fesyen di Malaysia. 



Baju dress dianggap sebagai antara produk fesyen yang paling popular di Malaysia buat masa ini. Baju gaun menjadi pilihan terutamanya dalam kalangan wanita muda dan remaja. Kini terdapat banyak koleksi dress terkini online yang boleh didapati melalui website online shopping Malaysia di internet yang telah menjadikan fenomena trend online shopping di Malaysia. Selain baju dress online, baju dress Muslimah online juga menerima permintaan yang cukup menggalakkan dalam pasaran.



Skirt merupakan antara women bottom online yang terus mengungguli carta dalam pasaran fesyen di Malaysia. Ianya telah dianggap sebagai antara wardrobe essential terutamanya dalam kalangan wanita urban. Skirt kini bukan sahaja boleh dipakai secara kasual mahupun glamor untuk ke majlis-majlis istimewa, kini ia menjadi antara fashion must-have untuk dipakai oleh wanita berkerjaya ke pejabat.



Sejak beberapa tahun kebelakangan ini kita boleh lihat trend fesyen Muslimah terkini semakin meresap dalam industry fesyen Malaysia. Banyak butik pakaian dan butik fesyen Muslimah online yang mula menawarkan rangkaian koleksi pakaian Muslimah online dengan pilihan yang cukup meluas. Antara koleksi pakaian Muslimah terkini online yang menjadi pilihan hijabista adalah seperti baju kurung moden, baju kurung peplum, baju jubah dress dan tudung terkini.

Penggayaan fesyen bukan sahaja untuk ke majlis-majlis penting, malah fesyen juga untuk seseorang yang suka ke mana-mana sahaja. oleh itu, fesyen tidak mempunyai had untuk semua penggayanya.

Saturday, 29 October 2016

Giveaway Shade Dough by Hanis Zalikha

October 29, 2016 2
Giveaway Shade Dough by Hanis Zalikha

Assalamualaikum blogger sekalian. entry aku kalini pasal giveaway yang akak Rrai anjurkan minggu lepas kalau tak silap aku. aku memang cadang nak join minggu lepas tapi disebabkan aku busy, aku tak sempat nak join. hadiah untuk giveaway ni bukan calang-calang hadiah tau. hadiahnya exclusive ciptaan pelakon dan mummy kepada yusuf iskandar iaitu, Hanis Zalikha! Hanis Zalikha akan melancarkan lipstick matte ni minggu depan, 1 Nov 2016. berita ni baik untuk aku yang sedang mengumpul lipstick matte dari pelbagai jenama. so, nak tambah koleksi Shade Dough ni, aku berharapan boleh dapat salah satu shade pun jadilah supaya dia boleh kawan dengan liptick matte yang lain >,< .

My Random Kindness story

Cerita pasal random kindness ni aku tak tahu nak tulis pasal apa sebenarnya. untuk pengetahuan semua, aku ni takdelah baik mana. kalau nak jadi baik pun, ikut mood. so, yang mana kenal aku akan tahu aku punya perangai macam mana. aku teringat zaman aku form 3 dulu. alaa zaman pmr lah kononnya. zaman yang membuatkan aku daripada benci matematik sampai sekarang aku sayang gila matematik. cikgu zakiah, satu-satunya cikgu matematik yang ajar aku time aku form 3 dulu. beliau lah yang mengajar aku sampai result pmr matematik aku dapat A. haha kesitu pulak. aku ingat lagi time buat soalan yang cikgu bagi kat papan putih, tiba tiba cikgu zakiah datang kat meja aku. dia tanya, "dekat dunia ni kita perempuan kena simpan 3 benda dalam hati. cuba awak teka apa benda tu?" sebenarnya, aku pun kelu nak jawab soalan tu sebab benda tiba tiba kan haha. so, aku pun jawablah, "yang pertama, rajin. yang kedua, pamdai. dan yang ketiga, baik." then, cikgu kata salah. jawapan sebenarnya, pertama, baik. kedua, baik dan ketiga baik. mula-mula aku tak faham cikgu cakap pasal apa. then barulah aku tahu dan faham maksud cikgu. dekat dunia ni, kita kena ada bersikap ataupun bersifat baik dalam diri. tak kiralah orang tu jahat dengan kita atau baik dengan kita sekalipun. biarlah tak pandai asalkan hati kita baik dan tiada perasaan hasad dengki dekat orang yang lebih tinggi keupayaan daripada kita. sejak tu, aku dah faham maksud cikgu.

berbalik kepada cerita random kindness aku, bagi aku perangai baik aku datang bila aku ada mood. contohnya kalau kawan aku tertinggal duit ke, aku ada duit poket lebih pasti aku akan belanja dorang walaupun rm1. sebab bagi aku benda tu bukan selalu aku buat. aku akan tawarkan diri nak belanja walaupun rm1 dekat dorang. kenkadang jugak dorang ada tanya, "weh tak menyusahkan kau ke?" tapi aku jawab, "alaa bukan selalu aku belanja kau. benda penting yang kau nak kan. takpe." aku selalu cakap macam tu walaupun dekat situ aku cakap 'bukan selalu'. bagi aku, duit apalah sangat kalau nak dibandingkan dengan kawan aku yang tengah lapar nak makan benda yang dia teringin. tapi sebenarnya, aku jujur yang aku tak baik. nak ajar kawan benda yang tak faham pun, kadangkala aku marah-marah (dah sah tak boleh jadi cikgu). maaflah kawan-kawan semua. aku memang macam ni kot daripada dulu haha. aku minta maaf ye. hahhahaha.

tujuan aku tulis cerita kat atas, bukan untuk menunjuk. cuma aku rasa aku ada jugak sikap baik untuk situasi macam tu. selalu jugak dengar ada kawan aku kata, "eh fefi ni baik jugak eh" haha dengar je macam tu baru perasan yang aku ni baik sebenarnya. maaf cikgu zakiah, zaman remaja saya tapi saya belum cukup baik lagi dengan semua orang *nangis tepi katil* inshaAllah, zaman dewasa nanti saya akan cuba untuk berbuat pada semua orang. doakan saya ye cikgu. yang pastinya, saya takkan lupakan cikgu dan juga nasihat-nasihat cikgu selama ni. terima kasih untuk segalanya. 

Instagram : raizahalisah
Shade Dough yang menjadi pilihan hati ialah Rose Taffy :) haha cewahh

**Giveaway ini adalah ditaja sepenuhnya oleh @loveaa.my_ dengan kolaborasi bersama blog www.bajuwarnacoklat.com. Sebarang pertanyaan mengenai produk Shade Dough [Lip Bait] by Hanis Zalikha, cara pembelian secara online atau cod boleh hubungi 013-264 7912**

Sunday, 9 October 2016

Wolf Girl and Black Prince (Japanese Movie)

October 09, 2016 4
Wolf Girl and Black Prince (Japanese Movie)

Assalamualaikum semua. ok, harini aku nak review pasal movie yang aku ada tengok minggu lepas. bagi aku, movie ni movie yang menarik dan ofcourse lah pasal cinta monyet zaman sekolah tinggi. nce. rasanya sesiapa yang minat anime, mesti pernah dengar tajuk ni sebab sebelum keluar movie, dia memang dah keluar anime cartoon dulu. then lepastu baru dia keluar movie jepun yang manusia sendiri yang lakonkan. so here, the movie, Wolf Girl and Black Prince




TITLE : Wolf Girl and Black Prince (Okami Shojo To Kuro Oji)
COUNTRY : Japan
LANGUAGE : Japanese
DIRECTOR : Ryuichi Hiroki
RELEASE DATE : 28 May 2016
TIME PERIOD : 116 minutes
STARRING BY : Fumi Nikaido, Kento Yamazaki


SINOPSIS
Movie ni pasal seorang perempuan yang bernama Erika Shinohara (Fumi Nikaido) yang tak pernah ada pengalaman bercinta. so, Erika selalu tipu kawan dia yang dia ada seorang boyfriend yang suka bermanja dengan dia sebab dia malu yang kawan dia semua ada boyfriend tetapi tak bagi dia. lagipun, kawan dia selalu syak yang si erika ni takde boyfriend sebenarnya so, erika takut yang kawan dia dapat tahu yang dia takde boyfriend. then, dekat satu tempat tu dia nampak seorang lelaki yang hensem, Kyouya Sata (Kento Yamazaki) tengah jalan dan sempat mengambil gambar lelaki tersebut sebagai bukti dia ada boyfriend.

Tetapi, Kyouya merupakan budak hot dekat sekolah Erika. so, erika membuat perjanjian dengan kyouya supaya kyouya ni jadi boyfriend dia then kyouya pun setuju tapi erika kena jadi haiwan peliharaanya. lama-kelamaan, erika jatuh cinta dengan kyouya tetapi disebabkan kyouya yang hati batu

Selain tu, ada seorang lelaki nerd, Yuu Kusakabe (Ryo Yoshizawa) yang minat dekat erika tapi erika tak pernah perasan dia.

RH Review
This is very highly recommended movie for uolls and i really love this movie so much. for those yang taknak tengok anime yang berepisod, boleh tengok movie ni yang berdurasi sejam lebih je. ataupun yang dah pernah tengok anime version, boleh tengok yang real version kihkih. cuma yang real version ni hero dengan heroin tak kahwin macam yang anime punya. tapi ending dia boleh tengok yang hero dengan heroin together.

aku suka tengok muka heroin dia, erika. kalau perasan, muka erika ni ada macam park shin hye sikit. aku rasalah. bagi aku, aku tak suka muka hero dia sangat sebab tak hensem. tapi aku suka ketinggian hero dia. dalam movie ni, aku prefer si yuu ni sebab dia memang hensem hahaha. kyouya ni hensem tapi yuu ni lagi hensem bagi aku kk jangan kecam ni pendapat aku je em T^T. tapi kesianlah jugak dekat yuu sebab cinta tak kesampaian hm. takpe yuu awak dengan saya jelah >,< kk jkjkjk.

RH Rating
9.0/10.
lagi 1.0 hilang sebab takde babak kahwin hahaha

You can watch online here : Wolf Girl and Black Prince (eng sub)




boleh tengok trailer dulu.

real version vs anime version

nilah kawan erika yang semua ada boyfriend

ah they are so cute together ^^

erika request kyouya jadi boyfriend tipu dia.

so, jangan lupa tengok ye hehe
bye bye,
raizahalisah

Monday, 3 October 2016

Fall in love with Im Sun Hae vocal !

October 03, 2016 1
Fall in love with Im Sun Hae vocal !
Assalamualaikum semua :) Firstly, raizah nak ucapkan Salam Maal Hijrah 1438H kepada semua followers sekalian dan salam isnin hiks. Secondly, raizah minta maaf sebab dah tak selalu update entry dalam blog ni sebab raizah tersangat busy dengan kehidupan form6 dan kalau raizah tak busy pun, raizah tak tahu nak update entry em lagi sedih bila raizah sendiri malas nak bukak laptop. mian semua tetapi raizah masih seorang blogger walaupun raizah ni busy or malas sekalipun hehe. Sebenarnya, saya tak tahu nak bahasakan diri apa. sama ada nak bahasakan aku ataupun raizah. kalau lihat dekat entry sebelum ni, memang selalu guna aku dengan raizah tapi takpe kan? tukar tukar takdelah rasa macam bosan sangat :").



Okay, berbalik daripada tajuk cerita di atas, raizah nak review satu lagu from korean drama. lagu tersebut adalah nyanyian Im Sun Hae dan lagu tersebut bertajuk Will Be Back. lagu ni merupakan lagu yang ke-9 bagi korean drama tersebut. haa lupa nak bagitahu yang drama tu adalah Scarlet Heart : Ryeo. rata-rata followers raizah mesti tengah layan drama ni kan? haishh tipulah kalau korang tak layan drama abe hensem ni ~~ 7 orang abe hensem ni siapa je yang tak tertarik lagi lagi dengan heroin dia IU yang tersangat comel dengan Seohyun SNSD yang sangat berkarisma hehe. rasanya raizah tak review pasal drama tu sebab dah selalu tengok orang review drama ni takut nanti korang rasa bosan review benda sama :") tapi takpe sebab raizah cuma nak review salah satu lagu dalam drama tersebut.


for those yang nak dengar lagu ni, boleh tengok video youtube dekat atas. raizah sukakan lagu ni sebab lagu ni sedih. bukan sedih tapi sayu. kalau korang tengok dan dengar serta faham lirik dia, lagu ni sebenarnya pasal lagu orang mati >,< kalau tengok video dekat atas ni pun korang boleh tengok saat kematian isteri 8th Prince Wang Wook, Lady Myung Hae. selain tu korang boleh tengok 4th Prince Wang So dia minum racun sampai muntah darah. dengan Lady Oh mati kena gantung. senang cerita lagu ni keluar time orang dalam drama ni mendapat musibah. raizah sendiri tak tahu kenapa suka sangat dengan lagu ni. bukan sebab raizah suka orang mati. tak. raizah cuma suka macam mana Im Sun Hae begitu hayati ketika menyanyi lagu ni. lagi satu raizah suka vokal dia, memang sedap walaupun vokal sayu >.< so thats my opinion terhadap lagu fav raizah.

sebenarnya, banyak lagi lagu ost scarlet heart ryeo ni yang raizah suka macam davichi-forgetting you, for you-exo, ioi, epik high ft lee hi, punch ft loco dan banyak lagi. kira semua suka! cuma untuk lagu Will Be Back ni raizah terlebih suka haihh susah nak explain. bawah ni raizah bagi lirik translation dalam english.

A petal is fluttered to the ground by the season
It’ll be alone,lonely and sad
The sky where the stars left is sad
So it cries like a rain
Like the flower blooms and falls
Please deliver my mind via the wind
The wish which will be come true when the first snow
I believe that story, my dearest wish
If you know my heartrending mind
You’ll be back again




for those yang nak download ost ni, boleh pergi SINI
korang pulak suka ost yang mana? share lah dekat comment hiks :)
memang sedih lah lirik dia em jap nak sambung nangis jap, bye


lots of love,
raizahalisah 

Sunday, 21 August 2016

Q&A about Braces

August 21, 2016 5
Q&A about Braces
Ψ¨ِΨ³ْΩ…ِ Ω±Ω„Ω„ّٰΩ‡ِ Ω±Ω„Ψ±َّΨ­ْΩ…ٰΩ†ِ Ω±Ω„Ψ±َّΨ­ِΩŠΩ…ِ 
Assalamualaikum w.b.t



Entry kali ini aku tulis khas for those yang rasa "eh patut ke aku pakai braces?" , "kalau aku pakai braces, macam mana nak biasakan diri dengan besi dalam mulut?" okay tu adalah contoh soalan pemikiran yang pernah aku rasa sebelum aku start pakai braces ni. Mungkin ada yang perasan kalau aku post gambar kat ig aku ada pakai braces start awal tahun ni and yes aku mula suka bila pakai braces ni ^^ Entry ni jugak aku share perasaan aku and pengalaman aku sepanjang memakai braces. There are some question yang aku selalu dapat from certain people;


1. Bila start pakai braces ?
  • Awal tahun (2016) dalam bulan 2 kalau tak silap.

2. Buat braces dekat klinik kerajaan or swasta ?
  • Aku buat dekat klinik persendirian (swasta).

3. Buat braces dekat mana?
  • Braces ni aku buat dekat Klinik Pergigian Persona, Hang Tuah Mall, Melaka. Klinik ni macam tertutup sikit sebabtu tak ramai yang tahu.

4. Buat braces harga berapa ?
  • 5k tapi bayar tiap appointment.


5. Sakit tak time doktor pasang besi dekat gigi?
  • Sebelum doktor tu pasang besi, dia akan buat replika gigi kita (gigi sebelum guna braces) and yes time dia buat tu memang sakit tapi bila dah start pasang besi, dah tak rasa sakit dah :)

6. Sakit tak time pakai braces?
  • Okay macam aku cakap tadi, time doktor pasang memang tak sakit TAPI lepas dah balik rumah, aku rasa sakit dia tu. Dia punya sakit memang sakit sampai kau nak ketap gigi pun tak boleh sebab rasa macam semua bahagian gusi bengkak semacam.

7. Berapa lama sakit gigi tu?
  • First two weeks. Dalam masa dua minggu tu, makanan kena pantang termasuk makanan yang memerlukan gigi kita untuk gigit such as ayam, kambing, malah kenkadang nasi pun tak boleh makan sebab nak mengunyah tu memang sakit. tu aku tak tipu seriously. So makanan yang kau boleh makan time tu adalah BUBUR. Selain tu jugak, lepas appointment pun akan rasa sakit dalam one week macam tulah. Depends pada doktor tu nak buat apa time appointment. Kalau doktor tu nak tukar besi panjang, alamatnya kena tahanlah seminggu dua sakit dia. Kalau doktor hanya tukar getah, dalam 2-3hari je sakit tapi itu pun tak rasa haha.

8. Selain bubur, ada makanan lain ke supaya gigi kita tak tambah sakit?
  • Rasanya takde kot haha sebab BUBUR je yang boleh buat kenyang kalau ada pun nestum tapi tak rasa kenyang gak hm. tapi memang makanan utama untuk pesakit braces ialah bubur. eh dah macam orang demam lah pulak T^T

9. Mula mula pakai braces memang terus letak getah ke? Getah pertama warna apa?
  • Untuk aku, doktor tu tak letak getah pada awal pemakaian. Amik masa berbulan jugak lah dalam 6-7 bulan macam tu baru pakai haha ni pun aku baru pakai getah and getah tu warna biru :)
10. Best tak pakai braces?
  • Best sangat. selain daripada buatkan gigi aku jadi elok, aku jugak dapat gelaran akak braces kat sekolah OxO hahahaha kk jkjkjk.

Buat Q&A ni rasa macam hot pulak tetiba haha tapi bukannya aku nak rasa aku ni (hotstuff?) or apa cuma nak bagitahu macam langkah langkah kalau ada yang nak pakai braces tak lama lagi ke kan sebab aku time buat braces dulu tak pernah pulak nak search google apa kena buat time sakit gigi tu haha. Aku rasa aku search pun lepas buat braces tu and time gigi aku sakit baru aku gelabah search google nak makan apa bila gigi dah sakit macam ni. Aku ni newbie lagi dalam pemakaian braces so tak berapa nak pandai sangat nak bagi tips >,< tapi tetap nak bagi tips untuk korang yang dah ada niat nak pakai braces cuma time gusi tu sakit, kenalah tahan, jangan tanya aku apa perasaan aku time gusi aku sakit T^T weh serious lah aku nangis (perempuan) okay XD.

and for the last cuma nak ingatkan kat korang, 

"JANGAN BERANI PAKAI FAKE BRACES"

rasanya ramai kan yang pernah tengok effect sebab pakai fake braces? haa jangan amik risiko tau kalau tak mampu nak tanggung nanti ye :) byebye

sis selpie dulu okay haha okay time ni belum pakai getah lagi :)

yang ni time dah pakai getah tapi tak nampak sangat sebab effect iphone --"

xoxo,
raizahalisah