LIFE REVIEW FOR 2015 - Raizah Halisah

Tuesday, 29 December 2015

LIFE REVIEW FOR 2015



Assalamualaikum. Menjelang tahun baru 2016 yang akan menyambut kita pada beberapa hari sahaja lagi, so harini saya rasa nak review sesuatu. Bukanlah review produk or food, tapi review tentang life saya sepanjang 2015 ni.

Maaf atas penggunaan bahasa "aku" dalam entry ini. Kiranya menulis diari katako ^^

Seperti yang sedia maklum, aku merupakan pelajar spm2015. cerita pasal pelajar spm, siapa tak takut kan? Tapi aku slumber buat tak tahu hahaha. Start daripada bulan 1 sampai bulan 7, aku tak study maksudnya tak refresh balik apa yang aku belajar time form 4 dulu, Aku rasa time trial pun aku buat main-main je. Bukan apa, aku ni lain sikit. Orang cakap 'pemalas'. Tapi aku tak malas buat homework. Lagipun, bila aku ada mood je aku nak buat homework. kalau tak, aku akan campak segala buku, khazanah-khazanah aku ke tepi. ramai senior aku kata, time form4 bukannya tahun honeymoon tapi aku rilex je tak dengar dia kata. At the end, time habis trial spm, aku baru sedar bukak buku sikit-sikit. Tupun sikit-sikita la kan. Aku bukan pelajar asrama. Aku sekolah biasa-biasa je. Orang kalau dengar nama sekolah aku, orang akan kata sekolah aku tu sekolah budak jahat lol. Tapi tak semua jahat. Dorang tak jahat tapi nakal, kurang ajar je lololol. Kadang aku cemburu gak dengan sekolah lain yang pandai *nangis kat bahu mark* tapi itu bukan penghalang untuk berjaya kan ?

Tahun 2015 jugak buatkan aku banyak kehilangan orang. Aku banyak nangis pasal lelaki. Bodohkan aku? hahahaha tapi aku tetap tabah hm *cewahh*. Sebab aku selalu dengar ayat ni tapi aku buat tak kesah

PEOPLE COME AND GO. THE BEST WILL STAY.

Bila aku dengar ayat tu mula mula aku tak faham, tapi lama lama benda tu jadi kat aku. time tu aku dah faham apa maksud tersirat ayat tu :") and tahun ni jugak ramai yang datang dengan janji palsu tapi mereka pergi tanpa berkata apa apa. sis tabah :"") Sebab aku tengok yang penah datang kat dalam hidup aku semua tu, sekarang ni dorang dah bahagia gila. tanak ah bagitahu bahagia dengan siapa sebab dorang dah takde kena mengena dalam hidup aku lagi. Dalam tahun ni jugak akhirnya aku berjaya lupakan seseorang. Terima kasih kepada kawan baik aku esp najiha and syazana yang banyak sokong aku dalam melupakan lelaki lolololol lagipun tu memang azam aku untuk tahun 2015 haha.

Untuk jpam pulak, maaf sebab tak menang kawad kaki tahun ni untuk peringkat negeri. entahle tak tahu kenapa tak menang. bukan rezeki allah mungkin. Aku menangis gila lepas dengar bukan nama sekolah aku yang diumumkan pemenang hahaha :"). thanks kepada tuan harris yang selalu ajar kitorang tanpa penat lelah. Seriously, aku sayang gila jpam.



gambar atas ni adalah gambar yang diambil selepas kitorang nangis tak silap. Tengoklah muka masing-masing lesu je. yang senyum tu tak nangis sangat rasanya.Cikgu  lah yang banyak pujuk kitorang bila kitorang tak menang hahahaha bila cerita and ingat balik, sedih gila. But forever aku takkan lupakan jpam sampai mati hahahahahaahahahah. *carilah saya dalam gambar*

Selain jpam, untuk tahun 2015 ni jugak aku banyak boros. boros beli macam-macam maklumle perempuan hm. kalau dikira, lebih 50+ yang aku beli. such as baju, kasut, and macam macam lagi. baju paling banyak aku beli. at the end aku bukannya pakai pun benda alah tu semua. kalau nak tahu, almari aku penuh dengan baju hitam dengan putih je sebab *kita peminat setia warna hitam putih awchakkk*


Sambutan hari Guru tahun ni bertemakan Arabian Bollywood



The best Teachers Day ever sebab tema ni budak perempuan pakai baju ala arab and lelaki berbaju ala bollywood


And satu benda aku paling tak boleh lupa bila Syaz and the other buat prank kat aku dengan atul and wan. Gila nangis aku time tu tau sampai tak kelip mata langsung. tahu-tahu rupanya tu semua prank untuk birthday budak budak oktober ^^ nak nak time satu kelas jumpa kat kantin. time tu jugak luahan perasaan masing-masing terjadi. ada yang tak suka itu. ada yang tak suka ini. bukan aku dengan lagi dorang tu je nangis tapi yang lain pun nangis jugak. boleh dikira semua nangis ah even tak luah perasaan. at the end kitorang semua minta maaf sesama sendiri and makan kek ramai-ramai. lepastu main baling baling kek kat sorang-sorang. paling kesian kat jiya, rarai, syazana, masz, asfa, liyana and dak jot yang kena banyak krim kek. habis kotor baju sekolah and tudung dorang :")))

Trip to terengganu jugak aku tak lupa. kitorang pergi terengganu hujung bulan 9 haritu tak silap.

Contoh replika taj mahal kat taman tamadun islam, terengganu

Ni replika masjid Suleyman, Turkey.
Ni pulak replika masjidil haram dengan kaabah




Actually banyak replika satu dunia masjid kat TTI . and banyak jugak gambar yang takdapat nak kongsi hm. tapi Tranung memang best ^,^

Banyak act yang terjadi dan berlaku tahun ni sebab tahun terakhir as pelajar spm. last moments dengan member adalah benda yang paling best. terima kasih semua untuk tahun 2015 yang penuh ceria ini. Terima kasih jugak kepada family serta semua yang support diri ini untuk menjadi lebih ceria. Harapan untuk 2016 agar sentiasa ceria selalu dan inshaAllah taknak nangis lagi hihi. Juga nak penuhkan wishlist saya >,<

No comments:

Post a Comment