[REVIEW] Korean Drama : The Time We Were Not In Love



Assalamualaikum 


Harini aku nak review pasal korean drama yang bertajuk "The Time We Were Not In Love" yang disiarkan oleh OneHD baru-baru ni. actually aku jarang layan OneHD sebab kenkadang hero dia tak menarik and lagi satu macam tak best nak nak cerita macam gangster huh konfemlah aku tak suka. aku lebih kepada kdrama yang berunsurkan romantis dan kekeluargaan. thats why aku tertarik dengan drama korea ni,  "The Time We Were Not In Love"


TITLE : The Time We Were Not In Love / The Time That I Love You (너를 사랑한 시간)
EPISODE : 16 
COUNTRY : Korea
LANGUAGE : Hangul
DIRECTOR : Jo Soo Won
RELEASE YEAR : 2015
TIME PERIOD : 60 minutes
STARRING BY : Ha Ji Won, Lee Jin Wook, Yoon Gyun Sang, Choo Soo Hyun


SINOPSIS
Drama ini mengisahkan seorang perempuan yang bernama Oh Hana (Ha Ji Won) dan seorang lelaki yang bernama Choi Won (Lee Jin Wook) yang sudah lama berkawan selama 17tahun sehingga ada diantara kawan mereka merasa sangsi dengan perhubungan mereka berdua dan kini mereka berumur 34tahun. Oh Hana seorang wanita yang berkerjaya di sebuah syarikat kasut yang bernama Tandy manakala Choi Won pula seorang pramugara senior di syarikat penerbangan Aria. Hana dan Won berkongsi masalah bersama sehingga Hana mendapat tawaran sambung belajar di Paris. Di Paris, Hana bertemu dengan seorang pemain piano yang terhandal iaitu Cha Seo Hoo (Yoon Gyun Sang). Hana dan SeoHoo bercinta sehingga mereka ingin mengikat tali pertunangan. Pada hari pertunangan Hana dan SeoHoo, SeoHoo tidak dapat hadir ke majlis itu dan Hana menangis di pangkuan Won. Sejak itu, Hana mempunyai rasa benci terhadap SeoHoo dan hubungannya semakin rapat dengan Won. 3tahun kemudian, Seo Hoo datang kembali untuk menawan semula hati Hana. Choi Won mula merasakan bahawa dia sudah jatuh cinta dengan Hana tapi dia takut untuk memberitahu Hana. Tetapi, hari demi hari  hubungan Hana dengan SeoHoo semakin baik dan mereka mula bercinta semula disebabkan Hana mempercayai SeoHoo sekali lagi. Bagi Won, itu adalah satu berita yang menghancurkan hatinya tetapi dia tetap tersenyum untuk memberi semangat kepada hidup Hana. Dalam pada masa yang sama, Lee So Eun (Choo Soo Hyun) seorang pramugari di syarikat penerbangan yang sama dengan Won mempunyai perasaan terhadap seniornya iaitu, Won tetapi Won tidak boleh menerima Soo Eun kerana dia mencintai Hana.

RH REVIEW
Komen aku terhadap cerita ni ialah aku cuma nak cakap yang Hana sangat bodoh menerima SeoHoo kembali hahahaha sepanjang aku tengok drama ni ketika adegan Hana dan SeoHoo, aku akan jerit babo Oh Hana !!!! hahahaha sebab aku sakit hati dengan Hana yang tak pernah perasan perasaan Won huhuhuhu lagipun Won pun boleh tahan babo jugak sebab dia taknak luah perasaan dia kat Hana hahaha. lagipun ending drama ni konfem le aku nak Hana dengan Won bersama yeahh. Siapa setuju, angkat kaki haha jkjkjk. Dan siapa tahu Myungsoo ada kat dalam drama ni haaa dia ada dalam drama ni 3 episode je iaitu episode 2-4 hahaha dan dia jugak sangat handsome dalam drama ni omo myungsoor 


RH RATING
8.5/10.0
Overall drama ni memang bagus. cuma akan ada part yang buat aku rasa meluat nak tengok time hana dengan seo hoo tu haha


LINK TO WATCH THIS DRAMA

Ini adalah barisan pelakon "The Time Were We Not In Love"
Dari kiri, Lee SoEun, Choi Won, Oh Hana, Cha SeoHoo

Gambar Choi won dengan Oh Hana yang paling sweet setakat ni 

Charismatic Choi Won 


Babak Hana dengan Ki seung Jae (Myungsoo)

Cha SeoHoo another charismatic picture ever.

time ni aku jerit babo Oh Hana !!! hahahaha


The cutest friendship ever. haa apa yang Hana pegang tu????

Choi Won ❤ Oh Hana wedding
Akhirnya kahwin jugak dorang ni omg haha

RH RATING
8.5/10.0
Overall drama ni memang bagus. cuma akan ada part yang buat aku rasa meluat nak tengok time hana dengan seo hoo tu haha

LINK TO WATCH THIS DRAMA

1 comment:

  1. kedengaran seperti sebuah drama yang takkan mungkin sy sentuh sebab unless diorang memang buta fizikally, saya tak boleh terima bila diorang tak boleh nampak apa yang ada kat depan mata diorang -_-

    ReplyDelete

Powered by Blogger.