About me


Sedikit berkenaan tentang diri saya,

TENTANG SAYA
  • Nama penuh Nur Fefiraizah Binti Halisah
  • Berumur 17 tahun pada tahun 2015
  • Anak jati Melakau
  • Berdarah campuran melayu dan siamese 

KENAPA belogbudakoktober.blogspot.com ?
  • belogbudakoktober kerana saya lahir bulan oktober dan saya suka nama "belog" sebab tu nampak mengada hahaha. Sebelum menggunakan nama belogbudakoktober, saya juga menggunakan nama seperti krempeng4lyfe, raizahalisah, nur-fefiraizahalisah, dan sebagainya.

TEMA BLOG :
  • Pada mula saya ber-blog, tema warna blog ini adalah warna merah dan ketika itu saya tidak pandai mengedit blog dan selepas itu agak lama juga saya hiatus sebab nak fokus pada spm. Saya sebenarnya peminat warna merah jambu ataupun pink tetapi saya tak boleh go on dengan blog yang berwarna pink tak tahu kenapa hahahaha. Pada bulan oktober, blog ini terhasil dengan nama belogbudakoktober dan tema warnanya adalah warna hitam putih (sedikit pink). Blog ini juga merupakan personal blog so ia padat dengan tutorial dan tips serta ilmu-ilmu.

KENAPA JADI BLOGGER ?
  • Saya jadi blogger sebab saya nak luah sesuatu. Pada mulanya saya ber-blog, saya suka tulis blog pasal crush saya tapi blog itu terpadam disebabkan hal-hal tertentu. Tapi saya mula serius tentang blog ini and you know what I mean right ? hahahahaha

5 BENDA YANG ORANG TAK TAHU PASAL AWAK ?
  • Saya ni garang. Memang tak boleh moveon dengan benda tu hahahaha.
  • Saya seorang kpoppers since 2012 dan stop since 2014.
  • Seorang yang pemalas tapi bila rajin, semua benda rajin saya nak buat.
  • Saya suka berangan. Tanak bagitahu berangan pasal apa.
  • Saya suka habiskan masa mengedit blog tapi jujur saya kata, saya jealous dengan blog blogger yang terkenal dan cantik.

5 BENDA YANG AWAK PALING BENCI ?
  • Saya paling benci dengan orang yang suka mainkan perasaan orang.
  • Saya tak suka dengan orang yang jenis copy paste hidup saya. Paling Benci.
  • Saya tak suka katak, lipas dan monyet (setakat ni)
  • Saya benci firstlove saya hahaha
  • Bila saya dah benci, saya akan block mereka.

Itu sahaja yang boleh saya perkenalkan tentang diri saya ini. Kalau nak tanya lagi, boleh tanya kat Ask.fm .
Ok Terima Kasih kerana baca entri ni. byebye


1 comment:

Powered by Blogger.