2015 - Raizah Halisah

Tuesday, 29 December 2015

LIFE REVIEW FOR 2015

December 29, 2015 0
LIFE REVIEW FOR 2015


Assalamualaikum. Menjelang tahun baru 2016 yang akan menyambut kita pada beberapa hari sahaja lagi, so harini saya rasa nak review sesuatu. Bukanlah review produk or food, tapi review tentang life saya sepanjang 2015 ni.

Maaf atas penggunaan bahasa "aku" dalam entry ini. Kiranya menulis diari katako ^^

Seperti yang sedia maklum, aku merupakan pelajar spm2015. cerita pasal pelajar spm, siapa tak takut kan? Tapi aku slumber buat tak tahu hahaha. Start daripada bulan 1 sampai bulan 7, aku tak study maksudnya tak refresh balik apa yang aku belajar time form 4 dulu, Aku rasa time trial pun aku buat main-main je. Bukan apa, aku ni lain sikit. Orang cakap 'pemalas'. Tapi aku tak malas buat homework. Lagipun, bila aku ada mood je aku nak buat homework. kalau tak, aku akan campak segala buku, khazanah-khazanah aku ke tepi. ramai senior aku kata, time form4 bukannya tahun honeymoon tapi aku rilex je tak dengar dia kata. At the end, time habis trial spm, aku baru sedar bukak buku sikit-sikit. Tupun sikit-sikita la kan. Aku bukan pelajar asrama. Aku sekolah biasa-biasa je. Orang kalau dengar nama sekolah aku, orang akan kata sekolah aku tu sekolah budak jahat lol. Tapi tak semua jahat. Dorang tak jahat tapi nakal, kurang ajar je lololol. Kadang aku cemburu gak dengan sekolah lain yang pandai *nangis kat bahu mark* tapi itu bukan penghalang untuk berjaya kan ?

Tahun 2015 jugak buatkan aku banyak kehilangan orang. Aku banyak nangis pasal lelaki. Bodohkan aku? hahahaha tapi aku tetap tabah hm *cewahh*. Sebab aku selalu dengar ayat ni tapi aku buat tak kesah

PEOPLE COME AND GO. THE BEST WILL STAY.

Bila aku dengar ayat tu mula mula aku tak faham, tapi lama lama benda tu jadi kat aku. time tu aku dah faham apa maksud tersirat ayat tu :") and tahun ni jugak ramai yang datang dengan janji palsu tapi mereka pergi tanpa berkata apa apa. sis tabah :"") Sebab aku tengok yang penah datang kat dalam hidup aku semua tu, sekarang ni dorang dah bahagia gila. tanak ah bagitahu bahagia dengan siapa sebab dorang dah takde kena mengena dalam hidup aku lagi. Dalam tahun ni jugak akhirnya aku berjaya lupakan seseorang. Terima kasih kepada kawan baik aku esp najiha and syazana yang banyak sokong aku dalam melupakan lelaki lolololol lagipun tu memang azam aku untuk tahun 2015 haha.

Untuk jpam pulak, maaf sebab tak menang kawad kaki tahun ni untuk peringkat negeri. entahle tak tahu kenapa tak menang. bukan rezeki allah mungkin. Aku menangis gila lepas dengar bukan nama sekolah aku yang diumumkan pemenang hahaha :"). thanks kepada tuan harris yang selalu ajar kitorang tanpa penat lelah. Seriously, aku sayang gila jpam.



gambar atas ni adalah gambar yang diambil selepas kitorang nangis tak silap. Tengoklah muka masing-masing lesu je. yang senyum tu tak nangis sangat rasanya.Cikgu  lah yang banyak pujuk kitorang bila kitorang tak menang hahahaha bila cerita and ingat balik, sedih gila. But forever aku takkan lupakan jpam sampai mati hahahahahaahahahah. *carilah saya dalam gambar*

Selain jpam, untuk tahun 2015 ni jugak aku banyak boros. boros beli macam-macam maklumle perempuan hm. kalau dikira, lebih 50+ yang aku beli. such as baju, kasut, and macam macam lagi. baju paling banyak aku beli. at the end aku bukannya pakai pun benda alah tu semua. kalau nak tahu, almari aku penuh dengan baju hitam dengan putih je sebab *kita peminat setia warna hitam putih awchakkk*


Sambutan hari Guru tahun ni bertemakan Arabian Bollywood



The best Teachers Day ever sebab tema ni budak perempuan pakai baju ala arab and lelaki berbaju ala bollywood


And satu benda aku paling tak boleh lupa bila Syaz and the other buat prank kat aku dengan atul and wan. Gila nangis aku time tu tau sampai tak kelip mata langsung. tahu-tahu rupanya tu semua prank untuk birthday budak budak oktober ^^ nak nak time satu kelas jumpa kat kantin. time tu jugak luahan perasaan masing-masing terjadi. ada yang tak suka itu. ada yang tak suka ini. bukan aku dengan lagi dorang tu je nangis tapi yang lain pun nangis jugak. boleh dikira semua nangis ah even tak luah perasaan. at the end kitorang semua minta maaf sesama sendiri and makan kek ramai-ramai. lepastu main baling baling kek kat sorang-sorang. paling kesian kat jiya, rarai, syazana, masz, asfa, liyana and dak jot yang kena banyak krim kek. habis kotor baju sekolah and tudung dorang :")))

Trip to terengganu jugak aku tak lupa. kitorang pergi terengganu hujung bulan 9 haritu tak silap.

Contoh replika taj mahal kat taman tamadun islam, terengganu

Ni replika masjid Suleyman, Turkey.
Ni pulak replika masjidil haram dengan kaabah




Actually banyak replika satu dunia masjid kat TTI . and banyak jugak gambar yang takdapat nak kongsi hm. tapi Tranung memang best ^,^

Banyak act yang terjadi dan berlaku tahun ni sebab tahun terakhir as pelajar spm. last moments dengan member adalah benda yang paling best. terima kasih semua untuk tahun 2015 yang penuh ceria ini. Terima kasih jugak kepada family serta semua yang support diri ini untuk menjadi lebih ceria. Harapan untuk 2016 agar sentiasa ceria selalu dan inshaAllah taknak nangis lagi hihi. Juga nak penuhkan wishlist saya >,<

Wednesday, 23 December 2015

New Design of Blog

December 23, 2015 2
New Design of Blog




Assalamualaikum

Setelah bertungkus lumus untuk dua hari selepas laptop dibaiki, akhirnya saya berjaya mengedit blog idaman saya. Jutaan terima kasih kepada para bloggers yang menyediakan tutorial yang menarik untuk rujukan saya bagi mencantikkan lagi blog ini. Tak lupa juga pada Kak Leya yang banyak membantu saya dalam menyiapkan serta mencantikkan blog ini hehe and blog tema warna lepas iaitu pink black juga design kak leya sendiri^^. Akhirnya blog yang bertemakan warna hitam, putih, kelabu telah pun diedit penuh oleh saya, Raizah Halisah pada 22-23december 2015. Saya terlalu gembira hahahaha.

Pejam celik, pejam celik, lagi beberapa hari lagi kita nak masuk tahun baru 2016. So, tahun baru, kenalah design baru kan hehe. So, sebabtu saya pilih 3 warna ni as warna fav saya. Dan tak lama lagi, pejam celik sekolah dah nak bermula. Sebab saya yang dah habis sekolah ni, nak pesan pada pelajar lepasan pt3 yang nak amik course untuk form4 ni, pilihlah course yang korang rasa tak susahkan korang. saya, as ex-student biology juga jujur mengatakan science stream sangat susah sebab science stream korang kena pandai dalam mathematics untuk hadap subjek ADDITIONAL MATHEMATICS. Kenapa saya capslock kan addmath tu? sebab dia adalah salah satu subjek killer setiap tahun tapi saya jujur saya memang suka addmath hahahaha.

Bagi subjek CHEMISTRY dan PHYSIC , korang kena beri banyak perhatian kat guru semasa belajar. Saya begitu anti dengan kedua dua subjek ni sebab subjek ni susah bagi saya. At the end, dua subjek ni pun anti kat saya jugak hahaha sampai dia tak pernah nak kasik saya A hahahaha.

So, even course sastera pun tak jadi penghalang nak buat korang berjaya. Sebabtu, saya tak sarankan korang amik course science stream. Aku bukan menghasut tapi fikir dulu sebelum terlambat. Mana yang result baik of course masuk science stream and mana result yang kurang baik tu tak semestinya hidup korang terhenti kat situ. Ingat, rezeki Allah tu luas :)

Cuma satu je nak pesan, pada yang akan bersekolah pada tahun 2016 dan tahun seterusnya, even macam mana korang tak suka pun subjek tu, even korang benci mana pun cikgu yang ajar subjek tu, korang kena suka jugak. Sebab benda bila kita tak suka dia, dia pun tak suka kita. So, pada yang membenci subjek MATHEMATICS diluar sana, saya nak ingatkan mulalah suka dengan subjek tu sebab bagi saya mathematics ni senang. hehe bye

Assalamualaikum.
by Raizah Halisah 

Saturday, 5 December 2015

The Time We Were Not In Love (Korean Drama)

December 05, 2015 1
The Time We Were Not In Love (Korean Drama)

Harini aku nak review pasal korean drama yang bertajuk "The Time We Were Not In Love" yang disiarkan oleh OneHD baru-baru ni. sebab tengok hero dia macam hensem, so here, The Time We Were Not In Love.


TITLE : The Time We Were Not In Love / The Time That I Love You (너를 사랑한 시간)
EPISODE : 16 
COUNTRY : Korea
LANGUAGE : Hangul
DIRECTOR : Jo Soo Won
RELEASE YEAR : 2015
TIME PERIOD : 60 minutes
STARRING BY : Ha Ji Won, Lee Jin Wook, Yoon Gyun Sang, Choo Soo Hyun


SINOPSIS



Drama ini mengisahkan seorang perempuan yang bernama Oh Hana (Ha Ji Won) dan seorang lelaki yang bernama Choi Won (Lee Jin Wook) yang sudah lama berkawan selama 17tahun sehingga ada di antara kawan mereka merasa sangsi dengan perhubungan mereka berdua dan kini mereka berumur 34tahun. Oh Hana seorang wanita yang berkerjaya di sebuah syarikat kasut yang bernama Tandy manakala Choi Won pula seorang pramugara senior di syarikat penerbangan Aria. Hana dan Won berkongsi masalah bersama sehingga Hana mendapat tawaran sambung belajar di Paris.

Image result for the time we were not in love

Di Paris, Hana bertemu dengan seorang pemain piano yang terhandal iaitu Cha Seo Hoo (Yoon Gyun Sang). Hana dan SeoHoo bercinta sehingga mereka ingin mengikat tali pertunangan. Pada hari pertunangan Hana dan SeoHoo, SeoHoo tidak dapat hadir ke majlis itu dan Hana menangis di pangkuan Won. Sejak itu, Hana mempunyai rasa benci terhadap SeoHoo dan hubungannya semakin rapat dengan Won. 3tahun kemudian, Seo Hoo datang kembali untuk menawan semula hati Hana.


Image result for the time we were not in love cha seo hoo

Choi Won mula merasakan bahawa dia sudah jatuh cinta dengan Hana tapi dia takut untuk memberitahu Hana. Tetapi, hari demi hari  hubungan Hana dengan SeoHoo semakin baik dan mereka mula bercinta semula disebabkan Hana mempercayai SeoHoo sekali lagi. Bagi Won, itu adalah satu berita yang menghancurkan hatinya tetapi dia tetap tersenyum untuk memberi semangat kepada hidup Hana. Dalam pada masa yang sama, Lee So Eun (Choo Soo Hyun) seorang pramugari di syarikat penerbangan yang sama dengan Won mempunyai perasaan terhadap seniornya iaitu, Won tetapi Won tidak boleh menerima Soo Eun kerana dia mencintai Hana.


REVIEW By Feii
Komen aku terhadap cerita ni ialah aku cuma nak cakap yang Hana sangat bodoh menerima SeoHoo kembali hahahaha sepanjang aku tengok drama ni ketika adegan Hana dan SeoHoo, aku akan jerit babo Oh Hana. sebab aku sakit hati dengan Hana yang tak pernah perasan perasaan Won lol lagipun Won pun boleh tahan babo jugak sebab dia taknak luah perasaan dia kat Hana hahaha. ending drama ni konfem le aku nak Hana dengan Won bersama.


RATING By Feii
★★★



Thursday, 3 December 2015

Mnet Asian Music Awards 2015 (MAMA)

December 03, 2015 2
Mnet Asian Music Awards 2015 (MAMA)


Hai and hai and hai haha okay memandangkan semalam berlangsungnya Mnet Asian Music Award (MAMA) 2015 di HongKong selama 4tahun berturut-turut haha saya masih tertanya mengapa Mnet buat kat HongKong dah 4tahun tanak tukar tempat and i was like ughhh but it was really awesome cause EXO won many awards last night hahaha I really love it and yeahh. So, bawah ni senarai nama pemenang MAMA2015:

ALBUM OF THE YEAR (UNION PAY) : EXO

ARTIST OF THE YEAR (UNION PAY) : BIGBANG

SONG OF THE YEAR (UNION PAY) : BIGBANG

BEST MUSIC VIDEOS : BIGBANG "BAE BAE"

BEST VOCAL PERFOMANCE FEMALE : AILEE

BEST VOCAL PERFOMANCE MALE : ZION.T

BEST DANCE PERFOMANCE FEMALE GROUP : RED VELVET

BEST DANCE PERFOMANCE MALE GROUP : SHINee

BEST FEMALE GROUP : SNSD

BEST MALE GROUP : EXO

BEST DANCE PERFOMANCE SOLO : HyunA

BEST FEMALE ARTIST : TAEYEON

BEST MALE ARTIST : JYP

BEST NEW MALE ARTIST : iKON

BEST NEW FEMALE ARTIST : TWICE

BEST RAP PERFOMANCE : San E

BEST BAND PERFOMANCE : CNBLUE

BEST COLLABORATION UNIT : ZION.T & CRUSH

BEST ASIAN STYLE : EXO

NEXT GENERATION ARTIST : MONSTA X

IQIYI WORLDWIDE FAVOURITE ARTIST : BIGBANG

GLOBAL FAN'S CHOICE FEMALE : F(X)

GLOBAL FAN'S CHOICE MALE : EXO

WORLD PERFORMER : BTS

BEST LIVE ENTERTAINMENT : IN JAEJIN

BEST PRODUCER KOREA : JYP

BEST ASIAN ARTIST INDONESIA : RAN

BEST ASIAN ARTIST SINGAPORE : STEFANIE SUN YANZI

BEST ASIAN ARTIST THAILAND : POTATO

BEST ASIAN ARTIST VIETNAM : DONG NHI

BEST ASIAN ARTIST JAPAN : AKB48

BEST ASIAN ARTIST MANDARIN : JOLIN TSAI

WORLWIDE INSPIRATION AWARD : PET SHOP BOYS


Embedded image permalink

So EXO, congrats for 4 awards that you got last night and I feel so happy to you eventhough you're not ot12 like before and I always support you all and sment artist kyaa saranghaeyo. We Are One, We Are EXO ! "ok i want to cry because Luhan, Kris, and Tao takde dalam ni"

Saturday, 28 November 2015

TUTORIAL | Kotak Search

November 28, 2015
TUTORIAL | Kotak Search
Hai korang hehe harini nak buat tutorial tentang kotak search. Korang tahu tak kotak search tu apa ? Haa kotak search yang macam saya punya bawah ni hehe

Mula-mula korang kena sign in google dulu baru pilih Layout > Add a Gadget > HTML/JavaScript. Macam kat bawah ni,
Nampak tak yang saya ada buat kotak warna merah tu ? haa korang pilih tu dan masukkan kod ni,

<br /><center><form action="URL BLOG KORANG" id="searchthis" method="get" style="display: inline;"><table cellpadding="0" cellspacing="0"><tbody><tr><td valign="middle"><input id="b-query" name="q" type="text" /><br /></td></tr><tr>   <script type="text/javascript">document.write<div> Search Blog<br /></div></script></tr></tbody></table></form></center><center><span style="color:black;">AYAT YANG KORANG NAK LETAK BAWAH KOTAK</span></center>

Lepastu korang tekan SAVE and korang boleh tengok ada kotak search kat blog korang hehehe. Kalau nak tanya apa apa, korang komen tau. byebye 




Friday, 27 November 2015

Original Soundtrack : How Can I, Without You by Kim Joo Na

November 27, 2015
Original Soundtrack : How Can I, Without You by Kim Joo Na
Assalamualaikum:

Hai korang. Tak lama lagi, saya dah nak habis dah SPM hehehe subjek biologi katako hahahaha doakan saya tau untuk Isnin depan hehehe. Terima kasih hehehe. Baru-baru ni, saya ada minat kat satu lagu ni. Lagu tu original soundtrack drama korea ni. Tajuk dia High Society ataupun boleh dikenali sebagai The Privileged hehe korang tengok tak ? OneHD ada siarkan drama tu tau time tu tak silap saya sebelum saya spm. Pada mulanya saya tak berkenan dengan drama tu sebab SungJoon tak hensem sangat tapi saya suka betul dengan HyungSik dalam drama tu. Hyungsik sangat hensem dan buat hati saya tertarik dengan dia wakakaka-.- Tapi, benda first yang saya tsak suka tentang drama tu sebab drama tu banyak aksi ciuman hahaha okay berbalik pasal Hyungsik, dia terlalu hensem tau and sweet gila, charismatic waaa saya boleh gila macam ni sebab dia ada apa yang saya list sebagai ciri-ciri lelaki idaman hahaha.


Gambar ni salah satu scene HyungSik dalam drama korea tu. Saya addicted betul dengan rambut dia time ni sebab style gila. "Your Hair The Most I Favourite" hehe saya suka kata-kata tu sebab saya suka tengok rambut lelaki. And HyungSik adalah satu-satu calonnya yang rambut style gitu haha maigaddd. Saya betul-betul tak kuat ni. Dalam drama ni, saya suka lagu How Can I, Without You by Kim Joo Na. Saya suka lagu ni sebab lagu ni betul-betul feeling cinta gitu hahaha


                                          

Cuba mainkan lagu ni dan feel sendiri tau tau hehe. Saya kasik lirik sekali hehe
English Lyrics
As I think about our times together that seemed too good to be true
I am shedding tears because that’s the only way to find you
If you were going to hurt me, why did you come in the first place?
I have a feeling you won’t ever come back
But I want to see you a little more
What should I do? What should I do?
Is this all we were?
Maybe something went wrong from the start
How can love be like this?
It’s so hard, my days without you
All day, I feel like I could die from my heart in pain
I close my eyes but you’re still in my head
I can’t take it anymore
I don’t know if I can never see you again
What should I do? What should I do?
Is this all we were?
Maybe something went wrong from the start
How can love be like this?
It’s so hard, my days without you
All day, I want to sleep in your arms
No matter what takes us apart
Nothing can stop me
What should I do? What should I do?
What should I do?
What will I become if I live without you?
If we start up again, I will be better

Sebab mengapa saya betul-betul suka lagu ni kerana ada kisah disebalik lirik lagu ni hehe. Dengarlah huhu saya cuba share kat korang semua hehe. Btw, Uee nampak lawa dalam drama tu and Sungjoon, awak hensem tapi HyungSik lagi memikat hati saya waaaaa~~~

High Society OST
cover untuk cerita dan ost High Society ataupun The Privileged
Jangan lupa tonton drama ini ye. Saya promote ni hahaha. Bye Bye

Tuesday, 6 October 2015

Karangan SPM : Peranan Pelbagai Pihak dalam Melahirkan Remaja Bersahsiah Mulia

October 06, 2015
Karangan SPM : Peranan Pelbagai Pihak dalam Melahirkan Remaja Bersahsiah Mulia
     


     Menjelang abad ke-21, apabila masyarakat kita semakin maju, kita dappati bahawa tapak hijau kini menjadi mangsa pemodenan dan pembangunan negara. Sering meniti dari bibir ke bibir tentang kemaslahatan sosial yang melibatkan remaja yang yang kian melonjak naik. Menurut statisti yang dikeluarkan oleh Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, YB Dato' Jailani Bin Johari menyatakan bahawa 80 peratus masalah sosial adalah di kalangan remaja. Hal ini amat merunsingkan pelbagai pihak kerana remaja inilah merupakan peneraju negara pada masa akan datang. Ini secara tidak langsung juga menyebabkan kebejatan akhlak remaja tersebut  akan merencatkan ketamadunan bangsa malah akan turut mencemarkan imej negara di mata dunia. Dalam konteks ini, sasaran modal insan ialah remaja atau tenaga muda kerana pemuada harapan bangsa, pemudi tiang negara. Umum mengetahui bahawa remaja yang bersahsiah tinggi boleh dianalogikan sebagai biji benih yang baik dicampakkan ke atas darat menjadi permata yakut yang bersinar cemerlang. Persoalannya, siapakah yang perlu menyusun langkah yang sederap bagi membentukakhlak terpuji ini? Jelas kini bahawa peranan daripada pelbagai pihakpenting dalam mewujudkan anak-anak yangcemerlang dan menjadi pelapis dunia yang berkualiti. Justeru, remaja merupakan modal insan yang penting untuk negara bagi menjelang wawasan 2020, persis kata Sukaerno, gantunglah cita-citamu di dada langit(bintang) walaupun kakimu menjejaki perlimbahan. Tiada kusut yang tidak boleh dileraikan, maka usaha proaktif, sistematik dan pragramatik harus dijalankan berterusan oleh setiap pihak mampu untuk membentuk  dan mencorak akhlak terpuji dalam diri seseorang.

     Lanjutan daripada huraian di atas, remaja merupakan tonggak utama dalam pembentukan sebuah negara maju. Oleh itu, ibu bapa memainkan peranan signifikan dalam proses pembentukan warganegara yang berkualiti. Sikap mahmudah perlulah ditunjukkan oleh ibu bapa kerana anak-anak dilahirkan ibarat kain putih bersih, ibu bapalah yang mencorakkannya sama ada menjadi Yahudi, Mahjusi atau Nasrani. Sebagai tamsilan,, ibu bapa  hendaklah mendidik anak-anak dengan mengerjakan solat lima waktu sehari semalam sejak kecil lagi. Pepatah Arab ada mengatakan bahawa mendidik anak ketika kecil umpama mengukir di atas batu, mendidik anak ketika dewasa umpama mengukir di atas air. Selain itu, ibu bapa juga seharusnya menunjukkan teladan yang baik kepada anak-anak misalnya ibu bapa perlu memupuk nilai-nilai murni dalam diri anak-anak agar mereka mampu untuk menjaga imej diri, ibu bapa dan negara. Hal ini demikian kerana nilai murni yang diterapkan di lubuk hati mereka ini akan menjadi panduan kepada mereka untuk berhadapan dengan realiti kehidupan bermasyarakat yang penuh onak duri untuk menjadi lebih cemerlang. Hakikatnya, ibu bapa zaman moden ini hanya berkiblatkan materialistik dengan mengejar habuan serta kemewahan duniawi semata-mata sehingga alpa akan tanggungjawab mereka kepada anak-anak sekaligus pembentukan remaja yang berkualiti untuk negara tidak dapat dilaksanakan. Lantaran itu, ibu bapa wajar menjadi cerucuk utama bagi anak-anak mereka dalam melahirkan generasi muda yang berguna. Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud, "Muliakanlah anak anak kamu dengan mengajar mereka ada dan ilmu agama. Barang siapa yang memuliakan anak anaknya, Allah akan memuliakannya di dalam syurga."

    Bagi melunaskan hasrat negara, modal insan yang kreatif dan kritis merupakan komponen yang signifikan. Pihak sekolah berperanan penting untuk melahirkan insan yang kreatif dan kritis. Sukatan pelajaran dan kokurikulum sekolah perlu mengalami reformasi dan keluar dari kepompong yang tradisi dan statik. Ekoran daripada itu, pihak sekolah perlu menggalakkan pelajar mengemukakan idea mereka. Pertandingan reka cipta robotik, laman web dan fesyen serta lain-lain lagi perlu diadakan . Secara tidak langsung, pihak sekolah dan warga didik tidak boleh lagi bergantung pada buku teks sahaja tetapi perlu bersikap terbuka untuk melatih anak buah mereka untuk mencetuskan idea yang kreatif dan kritis bak kata pepatah, pokok tumbang belatuk tumpang mati. Dengan itu, pelajar mahupun remaja mampu membentuk diri mereka sebagai warganegara yang bersahsiah terpuji serta berkualiti. Selain itu, pihak sekolah perlu mengaturkan strategi yang terancang untuk melahirkan remaja sebagai pemimpin yang berwibawa . Tidak lain tidak bukan pemimpin yang berketerampilan perlu bersikap disiplin, tanggungjawab, amanah, dapat bekerjasama, berinteraksi dan bermusyawarah dengan orang lain serta berupaya berucap di khalayak ramai. Dalam situasi ini, pihak sekolah perlu menyediakan satu ruang yang kondusif kepada pelajar untuk menonjolkan kepimpinan mereka. Setiap pelajar perlu diberikan peluang untuk menjadi ahli jawatankuasa dalam kelas, persatuan kokurikulum dan pasukan beruniform. Menurut kata-kata mutiara, “Anda memerlukan sebanyak mungkin pengalaman getir untuk menziarahi keunggulan anda.” Justeru itu, guru sebagai penasihat harus membimbing pelajar untuk menjadi pemimpin tanpa banyak campur tangan. Seperti peribahasa, “bumi mana tidak ditimpa hujan”, pelajar yang bersalah atau bersilap perlu diberi peluang untuk membaiki diri mereka sehingga meminimumkan kelemahan mereka. Kepimpinan seseorang insan akan berputik setelah dibimbing, diasak, dilatih dan diberi peluang. Hakikatnya, sekolah merupakan medan yang kondusif untuk membuahkan modal insan yang bercirikan kepimpinan dan bersahsiah terpuji.

      Untuk merealisasikan Wawasan 2020, Misi Nasional atau Satu Malaysia,kerajaan perlulah mengadakan satu kempen kesedaran yang efektif. Kempen kesedaran ini boleh menggunakan kecanggihan media massa yang wujud di negara ini untuk mencapai tahap keberksanan yang sebaik mungkin. Hal ini dapat diketengahkan kerana pembangunan kerohanian dapat melahirkan modal insan yang cemerlang terutama dalam golongan remaja. Hal ini kerana mereka merupakan tonggak negara yang bakal menerajui cerucuk kepimpinan di negara kita. Dalam konteks ini, modal insan yang cemerkang memerlukan ciri ciri yang unik iaitu berintelek, berakhlak mulia, kreatif dan kritis, berbadan sihat serta memiliki kepimpinan persis kata William J. Siggel, manusia tidak merancang untuk gagal tetapi mereka gagal merancang. Oleh itu, semua pihak yang terlibat dalam perlu merancangkan tindakan yang efektif untuk melahirkan insan yang cemerlang dalam kalangan rakyat Malaysia. Selain itu, untuk melunaskan hasrat negara, modal insan yang kreatif dan kritis merupakan komponen yang signifikan Sekiranya, suatu pun tiada kpd kamu daripada yang tersebut, alamatnya punah-ranahlah kamu.Maka, kempen yang dirangka dengan baik dan dilaksanakan sepanjang tahun berupaya untuk membentuk satu kesedaran dalam naluri masyarakat kita terutamanya remaja yang sememangnya dahaga akan kesedaran sejati itu.

      Akhirulkalam, modal insan yang menjadi harapan negara ialah generasi muda yang berpendidikan formal, berjati diri mulia, sihat walafiat dan beriman. Demi mendukung cita-cita dan hasrat negara ini, remaja hendaklah melakukan aktiviti-aktiviti yang dapat membentuk jati diri yang unggul, bukannya membilang buah kerayung seperti melepak di kompeks beli-belah, berlumba haram dan berjudi tetapi sebagai remaja yang berintegriti jadilah seperti burung jentayu uyang patah sayap bertongkat paruh, patah paruh bertongkatkan dagu. Semua pihak seyogianya bekerjasama ibarat bukit sama didaki, kelurah sama di turuni supaya generasi dotkom di negara kita dapat menjadi pemimpin berkualiti pada masa akan datang. Oleh itu, peranan daripada pelbagai pihak perlu dalam melahirkan remaja yang bersahsiah mulia bagi membangunkan negara menjadi semakin maju. Seperti yang dikatakan oleh William Shakespeare, usaha yang gigih janganlah ditangguhkan ataupun diberhentikan sehingga hasilnya belum tercapai. Dengan usaha ini, remaja bukan sahaja akan menjadi modal insan kelas pertama bahkan dapat memperkasakan bangsa Malaysia sebagai bangsa yang maju yang dapat duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dengan negara-negara maju yang lain.
             
                                            Menangkap lokan hanya sia-sia,
                                            Letak di bendang dimakan helang,
                                            Remaja mangkin kemajuan Malaysia,
                                            Penjana modal insan yang cemerlang.